Saturday, August 22, 2009

PRK Ptg Pasir

1st day fasting in Ramadhan 2009,

Alhamdulillah dapat juga abihkan, semalam tak pegi tarawikh sbb ada keje lain xsempat, hari ni selsema teramat sgt, nasib baik iman aku bertahan lagi kalau x sahih la masuk nasi kandar hehehe

Dalam sibuk buat assignment sempat juga aku baca blog2 tentang Pilihanraya Kecil Ptg Pasir (PRK Ptg Pasir) tak dinafikan malahan aku mengaku yg aku ni seorang Ahli UMNO tegar, penyokong BN dan bukanlah Peminat PAS, paling benci PKR dan Sanggup mati utk tidak masuk DAP.

PRK Dun Ptg Pasir dalam parlimen Ptg Pauh, saingan antara UMNO dan PAS dikawasan majoriti Melayu tapi minoroti di Pulau Pinang. Sebelum ini arwah Hj Hamdan dr PAS pegang dun ini, aku xnak bercerita apa yg dia dah buat dikawasan ini tapi suka aku nak highlightkan ttg apa Melayu buat disini, di tanah bekas jajahan British ini.

Kemenangan PAS di Kedah dan pengekalan Pas di Kelantan bagi aku tiada apa yg menguggat sgt, tapi kekalahan UMNO di Pulau Pinang adalah ssuatu yg sgt mebimbangkan. ya..dulu BN menang dan UMNO banyak memenangi kerusi dun pun begitu ada cubaan utk dilantik timbalan ketua menteri pulau pinang ke2 dari parti komponen BN bukan Melayu, persoalannya kenapa perlu? Ketua Menteri Penang bukan dr org Melayu, hanya timbalam Menteri Penang saja Melayu jadi kenapa perlu lagi seorang timbalan Ketua Menteri? disebabkan sisa kekuatan UMNO pada masa itu masih kuat, maka hasrat itu dibatalkan, skg ada sudah timbalan ketua menteri pulau piang ke 2 seorang India tapi apa saja yg dilakukan di Pulau Pinang ada kita dengar ttg pemimpin Melayu yg ganas bersuara? atau kita dengar buat apa2? xda pun yg ada hanya DAP dan PKR(bukan Melayu)

Pilihan Raya Umum (PRU 12) menyaksikan UMNO kalah besar di Pulau Pinang dan hanya 2 Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor menjadi benteng terakhir UMNO dan org Melayu khususnya, kenapa aku katakan yg org Melayu sedangkan Pas dan PKR pun menang juga di Pulau Pinang ni? tgk saja pada bekas kabinet Kerajaan DAP Pulau Pinang, dimana exco PAS? haram xdak pun...PKR jadi bahan tunggangan Anwar jer utk survival politic, siapa yg akan menjaga Melayu sekaligus Islam, UMNO hanya menjadi pembangkang yg bilangannya terhad.

Melayu dalam Pemerintah Pulau Pinang tiada kuasa apapun, jadi bagaimana kita nak harapkan sesuatu yg baik dapat dilaksanakan, baik menang kepada UMNO supaya check n balance dalam pemerintahan Pulau Pinang dapat dibuat dgn lebih baik, nak harapkan PAS asik nak berceramah jer..nak harap PKR asik main isu Anwar jer..apakah Anwar lebih besar dan penting dr masalah dan kepentingan org Melayu?

aku xnafikan pemimpin UMNO Pulau Pinang ada yg sgt rakus, ada yg rakus sikit2 dan namum jgn la lupa ada yg baik juga tapi perlu diingat sesuatu yg berkait besar dgn hala tuju kita org Melayu Islam haruslah diambil kira, kerosakan harus kita baiki dr dalam, jgn buang terus harga yg kita bayar terlalu tinggi utk semua ini. Tgk apa DAP buat dekat Penang, Selangor dan Perak, itu baru Kerajaan negeri kalau la jadi kerajaan Persekutuan, mau tercabut Hak Melayu...macam aku kata tadi PAS hanya merelakan apa yg DAP buat, PKR ada agenda Anwar sahaja...

Sayang aku xleh balik utk bersama kempen utk UMNO, siapa yg menang sama saja ayat lapuk yg xlh diguna pakai, ini melibatkan kepentingan Masyarakat melayu yg lebih besar harus diingat! Sebagai contoh Kerajaan Indonesia, majoriti org Melayu,(acheh,busis & lain2 dikira Melayu) tapi apakah Indonesia boleh berjaya macam Malaysia skg ini? penduduk ramai, sumber alam banyak tapi Kerajaan sering menemui kegagalan, rakyat pula sikit2 nak memberontak, demonstrasi jadi bila nak maju? tgk Thailand pulak...kumpulan Kuning dan Merah, abih kuning tunjuk perasaan kumpulan pro Thaksin(merah) buat kacau pulak, Kawasan Melayu Patani xde pembangunan, berapa ramai org Patani dtg Malaysia cari makan? berapa ramai org Indonesia dtg sini? kerana apa? kemakmuran ekonomi dan politik yg stabil...adakah kita rakyat Malaysia tidaj mahu bersyukur? org Cina ckp kaya di Malaysia ini, dr Merdeka lagi, India pun semakin kaya sampaikan nombor 2 kaya dalam Malaysia org India, org Melayu? nombor berapa? 7 kot..itu pun sorang jer... bukan Melayu bawa2 la bersyukur sama jgn terlalu rakus.

aku kena stop dulu, letih sgt...maaf andai menyinggung perasaan sesiapa di Bulan Ramadhan ini...

Brother Riz - Ahli UMNO Tegar (Tun Mahathir Supporter)

1 comment:

  1. HMMM..BGS2..IDUP MELAYU..HUHUH...KO LAYAK JD YB LA BRO..NGEE

    ReplyDelete