Sunday, August 23, 2009

Ekonomi dan Ramadhan

jam tangan aku pukul 6.19 petang, lebih kurang sejam lagi azam maghrib nak berkumandang, budak2 yang baru belajar pasti seronok tak terkira, bapak budak pening kepala duit abih belanja beli kat pasar ramadhan tadi, ibu-ibu mesti sibuk bertukar juadah berbuka (ada lagi ke amalan ni)

aku kat kedai mamak seksyen 20 Shah Alam, niat nak berbuka dgn kawan tup2 dia dah ada janji dgn kawan yg lain so aku berbuka la sorang2 dgn mamak jadi galang gantinya hehehee
aku xbalik sbb malam ni nak jumpa dia balik...

depan aku ni mungkin ratusan org keluar masuk pasar Ramadhan ni, masyAllah ramai sungguh...bukan setakat umat Islam, Cina dan India pun tumpang sekaki...inilah keunikan Malaysia :)

Ushar punya ushar org meniaga ni, makanan hampir sama ja..harga lebih kurang ja size pun lebih kurang ja...kalau kat tempat aku mesti lebih banyak boleh beli dr sini, aku pun hairan apa yg beza brg aku dgn barang kat sini nak buat meniaga? harga terkawal semua lebih kurang ja....betui ka org sini kira nak kaut utg banyak sbb org sini kaya2?

Betui la kata kawan aku Ramadhan ni bulan yg penuh keberkataan, sungguhpun jual kecil dan mahal kuih tu pasti org beli gak..payah la nak tgk gerai yg xlaku langsung, cumanya mungkin peniaga2 ni perlu sedekah lebih sikit kot...pahala ttp dapat juga, dalam beribadah kita beramal, dalam beramal kita beriman, dalam beriman kita bersungguh...heheheh macam ustaz lak aku rasa hari ni...

Kalau cuaca panas macam ni, seronok la peniaga2 dapat untung lebih sikit, hasil untung dibayar zakat pendapatan, zakat fitrah zakat berniaga...hasilnya org yg susah dapat bantuan zakat, diberi beras, diberi duit...semuanya boleh digunakan semula utk hasilkan ekonomi semula

boleh kata semua org untung, tapi Ramadhan bukan ada tiap2 bulan, jadi hasil dr Rammadhan ni jgn la digunakan utk buat benda dilarang, jgn amik utg lebih sgt sbb takut2 ilang kebrkataan rezki kita, mcm kawan aku zaman dulu2 la..meniaga sampai xpuasa sbb nak cari duit..penat dia kata hehehe

battery laptop aku nak abih, semoga kita mendapat rezki bersama di bulan Ramadhan ini

Brother Riz - Rezki dtg bermacam cara

No comments:

Post a Comment