Saturday, August 14, 2010

Kemeriahan Ramadhan Zaman aku 80'an & 90'an

hahaha....

aku mulakan dengan gelak dalam psoting ni sbb aku teringat zaman aku budak2 dulu di sekitar 80' dan 90'an. hampir setiap malam muka kami akan muncul di surau,hampir setiap malam tunggu more dan setiap malam berebut basuh pinggan (dapat duit...)

4 kali tarawikh ni aku tgk kemeriahan budak-budak semakin kurang dari tahun lepas, aku xtau apa budak-budak sekarang lembap ataupun penakut ataupun xkreatif macam budak-budak zaman aku.

masa ujung 80'an, aku ikut pak muda (gelaran remaja pada zaman tu)perang mercun dengan tokey ayam cina kat sebelah kampung aku, Thunder Clab, A BOM mercun2 ni la yang selalu digunakan tembak ayam sampai tokey cina bengang perambat kami aku yang paling kecil berseliperkan mak aku lari lintang pukang bila tokey cina perambat

tak abih kat situ, kami main lak mercun dekat padang sebelah ja dengan surau...sekali A Bom meletup semua makmum dengan Pak Imam terkaget Bangat dalam surau, orang tua-tua mula cari sapa punya kerja nama aku pulak kena nasib baik aku ni pandai ilmu ghaib serta merta aku ilang hehehe...bukan aku yag pasang pun betulnya aku cuma pengikut setia jer...hehehee Abah aku dah meninggal masa ni kalau x sahih aku makan tali pinggang askar dia...hehee

dalam jarak 30 mter depan surau tu kami bina pulak satu pondok kecil, tempat kami lepak lepas insyak atau lepas tarawikh 8 rakaat, kat sini la kami tangkap mana2 budak2 laki dan kena buli habis-habisan tapi semua ni bukan kreatif pun kan...

betulnya banyak lagi tapi aku malas nak menulis sgt cumanya bila aku tgk budak2 sekarang yang hanya tau p cyber cafe main game aku rasa macam pemikiran mereka hanya dalam cyber world xlebih dari itu, kalau boleh depa terjemahkan dengan perbuatan syok la sikit aku tgk, pernah satu jiran aku dalam 60 tahun kot umur dia, dia kata " zaman kami dulu main meriam buluh lagi dasyat tapi xda la yang kena macam2 kalau ada pun sikit ja..sbb kami dulu main ditunjuk, diajar oleh org tua-tua camna caranya bukan buat pandai sendiri".

betui la..juga apa pakcik ni kata, mungkin slaah kami xjadikan budak2 sekarang xkreatif dan penakut yang depa tau main game internet je...adoiii.... zaman aku dulu sampai bertumbuk nak cari duit upah basuh pinggan hehehe

aku kena pegi kedai lak...aku nak je sambung lagi nie...huhuhu

Kumpulan G8 di Malaysia

Baru-baru ni tempat keje aku ade buat tazkirah zohor, bersamaan dengan bulan Ramadhan ni maka Ustaz pun bercerita la tentang puasa dan solat tarawikh.

Maka sebut la akan ustaz ini tentang kumpulan G8 di Malaysia, yang kita tau G8 ni adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom apa ustaz ni dok cerita..last2 baru dapat tau yg dia nak bgtau geng solat tarawikh 8 rakaat je nie...maka termasuk la aku sekali dalam geng G8 nie...hahaha

tapi aku selalu cuba sekurangnya sehari aku nak penuhi sampai 23 rakaat termasuk witir tiap-tiap tahun. kita tinggal pasal G8 yang sebenarnya aku nak cite dan kongsi kat sini pasal solat tarawikh berjemaah.

aku cuma hairan bila masuk bulan Ramadhan ni, bila start tarawikh punya la ramai jemaah mai...dari orang tua yg selalu ada, dari yang jarang2 mai...dari yang payah nak nampak muka, budak2 muda, kanak2, org pompuan... keadaan yang sangat meriah macam acara wajib kena dtg kalau x xdapat kupon nak minta kolej UiTM next semester hehehe..

dan aku terfikir...kenapa kalau bukan bulan puasa kita tak dapat nak luangkan sikit masa sekurangnya Insyak berjemaah di Surau, Masjid, Musolah atau sbgnya? di bulan puasa kita akan penuhi sekurangnya di awal Ramadhan...jadi kenapa tidak di hari2 biasa? kenapa tidak dapat kita cari sedikit masa untuk berjemaah di surau? aku pun tak pergi...ini yang aku jadi pelik lagi...hehehe

aku membayangkan kalau-kalau perkara ini terjadi, dimana setiap orang muslim akan ambil masa berjemaah Insyak di surau, kalau Maghrib mungkin ramai xsempat balik keje atau sbgnya, dah pasti setiap surau atau masjid itu akan menjadi begitu meriah macam pasar malam, mungkin lepas tu akan ada org meniaga tudung atau makanan....budak2 pasti penuh kalau ade aktiviti macam ni, aku juga membayangkan akan ada hamba2 Allah yang akan mula bersedekah dengan mengadakan kenduri atau sekurangnya letak pisang emas.

pastu aku mebayangkan pulak aktiviti ini bukan saja di kampung aku, malah di kampung sebelah pastu satu daerah, satu negeri, satu Malaysia dan satu dunia. wahhh....hidup masjid dan surau kita dengan bermacam lapisan muslim dari sekarang yang ada hanya orang tua-tua pencen.

teringat aku satu mat salleh muslim kata " cara untuk kita berdakwah kepada bukan Islam adalah kita menjadi Muslim seperti mana Muslim patut jadi", " dari situ la dulu Islam sampai kesetiap pelusuk dunia" - dia kata...aku percaya.......aku kata...... aku cuba...

mungkin yang datang tu dah menjadi budaya, jadi bagi aku kenpa tidak kita membudayakannya di luar bulan Ramadhan lak...apa salahnya kita membudayakan perkara yang baik.

tapi apapun kita kena mula dengan diri kita sendiri....

Tiada Isi

Salam Ramadhan,


Hari ke 4 Umat Islam di Malaysia patut berpuasa, tak tau la mungkin ada yang baru sehari, mungkin dua mungkin tak langsung berpuasa.

Untuk aku, Alhamdulillah masih lagi penuh walaupun dekat2 Ramadhan aku kena serang gastrik tapi ok lagi la...dah terlalu banyak puasa aku tinggal semasa di zaman jahiliyah aku huhuhu

teringat masa aku mula start blogging, dah setahun dah pun.

tadi banyak sangat aku nak menulis last2 bila jari dia keyboad ni...cam ilang semua idea2 aku. bila idea dah semput idea macam ni...nak tulis pun rasa xsyok, kalau tulis juga maka merapu je lebih... huarghhh sorry la yer kalau baca blog yg xberisi ni hehehe

Friday, August 6, 2010

Musim Baru

Untuk post baru ni aku cuba untuk meyakinkan diri aku yang aku akan tukar mode penulisan aku kepada yang lebih besar matlamatnya berbanding aku hanya tumpu pada politik. Terlalu banyak Blog-blog politik yang terkadang aku merasakan menjadikan orang yang baru berjinak dengan politik tertewas, keliru dan menjadi muak dengan apa yang bernama politik.

Aku tak menyalahkan blogger2, mereka masih boleh bebas untuk menulis tentang idea politik parti mereka cuma aku nak bergerak kearah lain namun aku pasti post aku nanti akan terselit dengan cerita politik kepartian juga.

Tinggal dulu matlamat aku ni, aku dah lama tak menulis dan aku tak pasti follower yang ada ini sedar atau tidak, baca atau tidak apa yang aku nukilkan tapi yang pastinya bila aku menulis seolah-olah aku dah khabarkan kepada seluruh dunia apa yang aku rasa dihati, apa yg aku fikir di minda dan apa yang aku buat dengan anggota aku.Ia seolah-olah satu rawatan stress bagi diri aku, satu kaedah rawatan namun aku tak pasti sejauh mana aku ok sebab aku mungkin tak ditinggalkan dengan komen2 kesat ataupun idea2 bangang yang boleh buat aku sendiri sakit hati bila membaca. yang pasti bila aku sumpah seranah kat sini aku rasa rileks hahahahha.....manusia kan? kalau diri kita semua ok...bila terkena diri mula sakit hati hahahaha

aku cuma nak post and try wajah baru blog aku, masih dalam belajar lagi... aku akan sambung semula warkah pemikiran aku.