Saturday, November 13, 2010

Diantara Terbuka dan Terperangkap

Baru - baru ini secara kebetulan aku terjumpa dan berbincang dengan seorang ketua UMNO cawangan (tut...tut...) orang dia agak simple dan bagus juga, sembang punya sembang sampai la melarat isu fahaman wahabbi.

aku nyatakan yang aku merasakan UMNO dalam bahaya bahkan bukan UMNO malahan Umat Islam Malaysia dan luar negara dalam bahaya. Kenapa? kerana datangnya pengaruh luar yang sebenarnya dari kumpulan politik yang dibawa golongan muda ke Arab Saudi. WAHABBI!

Baca petikan ini yang mengigatkan kita supaya berhati-hati
Petikan dari - (www.al-ghari.blogspot.com)
WASIAT Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim


Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

aku teruskan

dalam agenda kita memperjuangkan nasib agama Islam diTanah Melayu, nasib Bangsa Melayu di Tanah Melayu dan tanahair ini sendiri yang kita kasihi perlu lah kita melihat dengan lebih besar skop dari melihat dr kacamata politik kepartian sahaja.
Melawan dan menentang serta membongkar petualang dalam merosakkan agenda Melayu islam itu adalah sangat penting

Apa yang aku lebih gusarkan kumpulan Ulamak Muda yang berhijrah beramai-ramai kedalam UMNO, malahan ada juga kumpulan ini didalam PAS. Tidakkah kita perasan mereka yang menyertai UMNO ini ada yang didakwa di mahkamah kerana tiada tauliah mengajar? cenderong ke arah fahaman wahabbiyah? adakah kita beranggapan mereka ini tidak merbahaya?

persoalan pertama aku, mereka ini rata 30 keatas dan kenapa hari ini baru mereka melihat UMNO sebagai parti yang betul berjuang untuk agama dan bangsa? apa mereka buat selama ini? tidak libat politik langsung? xamik peduli? kalau xamik peduli kenapa hari ini mereka pakat beramai-ramai amik peduli? dan serta merta menyertai UMNO? ada yang cuba menjadi lebih Hero dari Anwar Ibrahim, ikut apa jawapan yang ketua UMNO cawangan tu sebab mereka tidak diberi peluang selama ini sebab selalu kena cantas...ya aku setuju memang kebanyakkannya berlaku macam tu tapi kedatangan mereka beramai-ramai mewakili bahagian mana? adakah semua dari satu bahagian dan harap mereka tidak dicantas dalam berpolitik? jgn harap la kawan...tunjuk la dulu sumbangan pada anak bangsa...

yang kedua, kenapa tiba2 ada usul hendak diwujudkan ulamak UMNO? cukup la PAS merosakkan imej ulamak, ada baiknya kita hanya mengikut apa yang disaran oleh Mufti, Majlis Fatwa bagi saya itu sudah memadai, perlukah diwujudkan suatu sayap lagi? pernahkah kita fikir apa implikasinya?

Katakanlah, kumpulan yang mewakili ini terdiri daripada ulamak2 muda yang cuba membawa pembaharuan yg bertentang adat fahaman Imam As-Syafie, adakah pemimpin2 UMNO akan mengikuti apa yg mereka katakan? timbul semula kecelaruan dalam masyarakat...jika tidak ikut kebanyakkan rakyat akan melihat UMNO tak ikut Ulamak, buat saja sayap ulamak tapi tidak ikut ditambah lagi dgn serangan PAS maka akan menyusahkan UMNO sahaja. Kalau UMNO mengikut maka senanglah fahaman wahabbi ini akan menyelusuri masuk ke dalam pemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia.

www.al-ghari.blogspot.com

ini antara blog mengenai bahaya wahabbi bukan setakat berbeza sedikit, namun ia sampai menyentuh akidah umat Islam dimana sehingga satu tahap Allah itu berjisim. masalah kepada ancaman keselamatan negara dan lain2. aku amat berharap agar buat kajian ttg kumpulan ini, siapa mereka? apa tujuan mereka? apa fahaman mereka? apa pengajian mereka? siapa yg mereka tentang? kerana ini semua akan merosakkan Islam dan melayu itu sendiri.

Kalau layari blog yg aku sertakan lihat bagaimana solat yg mereka kerjakan, amatlah mencarik adat.
kalau la kamu berserta Ahlu Sunnah Wal Jamaah, tolong la sedarkan hal ini, perkara ini amat berat sebab itu aku sertakan apa yg Tuan Syeikh Abdullah Fahim telah sentuh dulu, betapa bahaya kumpulan ini.

semoga kita mengambil berat akan hal ini, semoga Allah membalas jasa baik kita menjaga agamaNya

apa yang aku tulis diatas telah aku edit dan antarkan kepada beberapa org tertentu, berbalik dengan KUC (ketua UMNO Cawangan)dia kata aku perlu lebih terbuka dan jgn salahkan wahabbi, dan mengaitkannya dengan Arab Saudi, apakah benar semua orang Arab Saudi berfahaman Wahabbi? tidak..setahu aku mereka berfahaman Maliki kalau tak salah aku la..kerana wahabbi ini baru muncul, dan kemunculannya melalui politik, mohd abdul wahab ini pun ditentang hebat oleh abgnya juga. KUC ini juga kata apakah xbetul kalau kita buka hadis2 Nabi pernah buat Tahlili atau sebagainya, aku jawab ya...betul Nabi xpernah buat tapi Ulamak berselisih pendapat dalam hal ini dan lebih terbuka untuk siapa juga nak amalkan atau tidak tapi kenapa dibesarkan hingga seolah-olah ianya tidak Islamic? siapa yg perlu kita ikut selepas Allah dan Rasulnya? siapa warisatul anbiya? Ulamak!

adik beradik kawan aku sampai bergaduh, hanya semata nak kebumikan jenazah diantara fahaman wahabbi dan Shafie, kenapa perlu sampai begitu jika kamu terbuka wahabbi? sebab itu aku risaukan perkara ini akan memecahbelahkan umat islam di malaysia dan juga dunia, aku bagitau dia Kerajaan Malaysia juga telah tetapkan supaya Umat Melayu Islam di Malaysia mengamalkan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie supaya dapat mengelak keceleraruan ini, tapi KUC bertegas untuk bebas siapa saja amalkan kalau camtu aku kata biar saja Syiah amalkan di Malaysia, dia kata tak boleh Syiah Sesat, salah....

dan aku jawab Syiah tu banyak jenis juga ada..kalau salah kenapa dia diterima dalam negara2 Islam OIC?(pinjam dr Pak Habib) kata tadi bebas amalkan asalkan yang asas betul, aku tanya lagi kenapa salah? syiah juga akan kata dia betul seperti wahabbi kata, syiah juga akan guna dalil2 dr Quran bagi menegakkan hujahnya....jadi yang jadi mangsa sapa? aku tambah lagi KUC xpa la..KUC mungkin ada fahaman agama yang baik..tapi KUC kena ingat bukan semua org ada tahap pemahaman agama macam KUC. sebab itu lah Melaysia ni dari awal dah tetapkan macam tu, wajib la kita ikut arahan pemerintah kalau tidak kucar kacir negara kita dibuatnya.

Banyak juga isu dan perbahasan antara kami last sekali dia ingatkan juga aku supaya lebih terbuka dan aku ttp bertegas tidak didalam hal ini, dan aku nak ingatkan kita semua dimana aku bgtau juga KUC, Penghulu segala wali Allah, Syeikh Abdul Qadir Al Jailani juga walaupun hebatnya dia tetap mengikut mazhab diantara satu dari 4 mazhab ahlul sunnah wal jamaah, tidak berani dia buat lain jadi pesanan aku fikirlah sedalamnya sebelum kita membuka ruang yang lebih luas.

Brother Riz - Ahlul Sunnah wal Jamaah

Monday, November 8, 2010

Kepala HOtak Hang Fikir X ? :)

Semalam aku rasa ingin menulis semula, hari ini baru aku boleh menulis kerana aku didorong oleh perasaan meluat melihat mereka yang kononnya Ahli Bijak Pandai.

Biasa la aku, hari2 aku tersentuh juga dengan politik walaupun aku khabarkan yang aku lebih mengamalkan politik yang lebih luas dari aku melihat dan mengikut budaya politik kepartian.

Baru2 ini aku bercakap dgn seorang professional kalau dalam kakitangan kerajaan Gred A la hamba Allah ni, dia tanya aku apa parti politik aku, dengan selamba aku menjawab UMNO, aku UMNO sekali lagi aku tegaskan bila dia macam xpercaya tanya aku semula, dengan muka sinis dia kata di PKR, aku kata owwh... Ok! samaada aku perasan@ aku buruk sangka aku nampak dia macam xpuas hati dgn aku dan dia kata suruh aku berfikir....tgk tv jgn tgk saja fikir n jgn percaya sgt, aku setuju kata2 dia, berfikir dan jgn percaya bulat2...dia tambah lagi tgk yang lain2 sama (aku rasa dia merujuk ke blog, harakah atau web pembangkang) aku senyum dan jawab, saya baca juga harakah, blog2 pembangkang tapi sy ttp pilih UMNO kerana bagi saya pembangkang tidak boleh jadi kerajaan yang lebih baik dari sekarang.

ayat aku tadi dah memanaskan angin air cond yang terpasang kuat, dia kata dah xbagi peluang, macam mana nak bukti dan dia merujuk kepada negeri yang dia kata maju, yang bagi aku jauh ketinggalan. aku jawab la...(nama dia...) pemerintahan negara bukan boleh senang2 kita nak ubah, bukan mesyuarat persatuan...sekali ubah amik masa 5 thn lagi untuk ubah, setahun pun macam2 jadi,ini dasar pemerintahan...dasar yang akan melibatkan ekonomi negara dan rakyat, yang akan melibatkan tumpah darah sabung nyawa rakyat, terlalu besar untuk ditangani....persoalannya adakah pembangkang mampu jadi lebih baik? isu2 fahaman parti mereka tak mampu tangani tapi mereka bersatu nak jatuhkan kerajaan, untungkah rakyat bila kerajaan jatuh dan kerajaan baru naik yg xseimbang dalah falsafah dan agenda perjuangan masing2 belum terungkai...

seharian aritu dia macam xmau bercakap dgn aku, aku cuma biasa saja bagi aku kalau nak bercakap isu politik, isu2 sensitive kita kena bersedia dan hormati apa pandangan dan hujah org lain. bila dia suh aku berfikir jadi aku berfikir adakah aku dan jutaan pengundi lain tidak boleh berfikir dgn baik? xkan la dia sorang je pandai berfikir? dia mmg professional dalam bidang dia tapi aku xrasa dia cukup pandai dalam hal lain, begitu juga aku, mungkin aku dianugerahkan pandai dalam hal-hal tertentu tapi bukan semua aku pandai, bukan semua aku tau, bukan semua aku mahir

teringat aku kata2 Pak Habib ' Bila kita berfikir kita kena membaca, bila kita membaca kita kena berfikir ' mungkin dia dan aku kena berfikir lagi dan aku fikir baik aku xyah cakap je politik dgn dia sbb dia fikir apa yang aku rasa yang penting dia luahkan xpuas hati dia saja, kalau berfakta sedap la juga aku dengar

xkisah la..sbb bagi aku mana2 pengundi atas pagar yang banyak menentukan siapa kerajaan yang dipilih.

aku jumpa juga dgn org yang xmau mengundi, katanya sama saja sapa yang dipilih...aku bukan dapat apa pun...sbb dia kawan kepada kawan aku jadi malas la aku nak ngomel banyak2 cumanya aku hairan kenapa dia amsih bersikap mcm tu, kalau pun dia xmau masuk parti politik sekurangnya tunaikan la tanggungjawab. aku pun xdapat apa dan aku pun xharap apa2 yang aku nak adalah apa yg mereka boleh bawakan kepada Agamaku, bangsa dan Negaraku.

siapa yang dapat apa2 tanpa jalan yang betul, maka setiap satu itu akan dihitung walaupun sebesar biji sawi, aku rasa kita semua faham ttg itu dan oleh sbb itu aku masih dengan pendirian aku menolak org yang sah2 dilibatkan dgn rasuah iaitu KJ. dia UMNO sama dgn aku tapi aku ttp menolak idea, kepimpinan dia..buruk sgt dan xbagus pun...kenapa aku xikut dia? sebab aku tidak diajar utk taksub...sebab aku penuh kesedaran bahawa UMNO itu hanyalah sebuah organisasi sama saja dengan organisasi parti politik lain yang memburukkannya adalah orang didalamnya samaada pemimpin atau pengikut. pemimpin dan pengikut sama2 merencanakan perlembagaan pertubuhan kalau salah memimpin buruk la jadinya, kalau salah mengikut buruk juga jadinya kalau dua-dua salah rosak semuanya.

aku juga ada kawan yang dari parti pembangkang yang aku anggap lebih terbuka kadang2 lebih dari ahli UMNO sendiri, jadi mudahnya aku simpulkan terletak di otak kamu! otak Aku! di Otak Kita! otak mereka biarkan otak mereka...kita mula antara otak aku dan otak kamu kemudian kita jadikan otak Kita, xsemudah apa yg ditulis tapi apa salahnya kita cari titik pertemuan itu, tali penyambungan itu....

nak sekali lagi aku ingatkan diri aku dan diri kamu, Berkasih sayang lah sesama Islam dan bertegaslah terhadap org Kafir, bukan tahap menentang lagi hanya bertegas...lihatlah bila ilangnya kasih sayang antara kita, sepertinya kita akan diganti dengan Bangsa yang lain di Malaysia tercinta ini.

Brother Riz - Aku Perlu Berfikir lagi dan Lagi

Saturday, August 14, 2010

Kemeriahan Ramadhan Zaman aku 80'an & 90'an

hahaha....

aku mulakan dengan gelak dalam psoting ni sbb aku teringat zaman aku budak2 dulu di sekitar 80' dan 90'an. hampir setiap malam muka kami akan muncul di surau,hampir setiap malam tunggu more dan setiap malam berebut basuh pinggan (dapat duit...)

4 kali tarawikh ni aku tgk kemeriahan budak-budak semakin kurang dari tahun lepas, aku xtau apa budak-budak sekarang lembap ataupun penakut ataupun xkreatif macam budak-budak zaman aku.

masa ujung 80'an, aku ikut pak muda (gelaran remaja pada zaman tu)perang mercun dengan tokey ayam cina kat sebelah kampung aku, Thunder Clab, A BOM mercun2 ni la yang selalu digunakan tembak ayam sampai tokey cina bengang perambat kami aku yang paling kecil berseliperkan mak aku lari lintang pukang bila tokey cina perambat

tak abih kat situ, kami main lak mercun dekat padang sebelah ja dengan surau...sekali A Bom meletup semua makmum dengan Pak Imam terkaget Bangat dalam surau, orang tua-tua mula cari sapa punya kerja nama aku pulak kena nasib baik aku ni pandai ilmu ghaib serta merta aku ilang hehehe...bukan aku yag pasang pun betulnya aku cuma pengikut setia jer...hehehee Abah aku dah meninggal masa ni kalau x sahih aku makan tali pinggang askar dia...hehee

dalam jarak 30 mter depan surau tu kami bina pulak satu pondok kecil, tempat kami lepak lepas insyak atau lepas tarawikh 8 rakaat, kat sini la kami tangkap mana2 budak2 laki dan kena buli habis-habisan tapi semua ni bukan kreatif pun kan...

betulnya banyak lagi tapi aku malas nak menulis sgt cumanya bila aku tgk budak2 sekarang yang hanya tau p cyber cafe main game aku rasa macam pemikiran mereka hanya dalam cyber world xlebih dari itu, kalau boleh depa terjemahkan dengan perbuatan syok la sikit aku tgk, pernah satu jiran aku dalam 60 tahun kot umur dia, dia kata " zaman kami dulu main meriam buluh lagi dasyat tapi xda la yang kena macam2 kalau ada pun sikit ja..sbb kami dulu main ditunjuk, diajar oleh org tua-tua camna caranya bukan buat pandai sendiri".

betui la..juga apa pakcik ni kata, mungkin slaah kami xjadikan budak2 sekarang xkreatif dan penakut yang depa tau main game internet je...adoiii.... zaman aku dulu sampai bertumbuk nak cari duit upah basuh pinggan hehehe

aku kena pegi kedai lak...aku nak je sambung lagi nie...huhuhu

Kumpulan G8 di Malaysia

Baru-baru ni tempat keje aku ade buat tazkirah zohor, bersamaan dengan bulan Ramadhan ni maka Ustaz pun bercerita la tentang puasa dan solat tarawikh.

Maka sebut la akan ustaz ini tentang kumpulan G8 di Malaysia, yang kita tau G8 ni adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom apa ustaz ni dok cerita..last2 baru dapat tau yg dia nak bgtau geng solat tarawikh 8 rakaat je nie...maka termasuk la aku sekali dalam geng G8 nie...hahaha

tapi aku selalu cuba sekurangnya sehari aku nak penuhi sampai 23 rakaat termasuk witir tiap-tiap tahun. kita tinggal pasal G8 yang sebenarnya aku nak cite dan kongsi kat sini pasal solat tarawikh berjemaah.

aku cuma hairan bila masuk bulan Ramadhan ni, bila start tarawikh punya la ramai jemaah mai...dari orang tua yg selalu ada, dari yang jarang2 mai...dari yang payah nak nampak muka, budak2 muda, kanak2, org pompuan... keadaan yang sangat meriah macam acara wajib kena dtg kalau x xdapat kupon nak minta kolej UiTM next semester hehehe..

dan aku terfikir...kenapa kalau bukan bulan puasa kita tak dapat nak luangkan sikit masa sekurangnya Insyak berjemaah di Surau, Masjid, Musolah atau sbgnya? di bulan puasa kita akan penuhi sekurangnya di awal Ramadhan...jadi kenapa tidak di hari2 biasa? kenapa tidak dapat kita cari sedikit masa untuk berjemaah di surau? aku pun tak pergi...ini yang aku jadi pelik lagi...hehehe

aku membayangkan kalau-kalau perkara ini terjadi, dimana setiap orang muslim akan ambil masa berjemaah Insyak di surau, kalau Maghrib mungkin ramai xsempat balik keje atau sbgnya, dah pasti setiap surau atau masjid itu akan menjadi begitu meriah macam pasar malam, mungkin lepas tu akan ada org meniaga tudung atau makanan....budak2 pasti penuh kalau ade aktiviti macam ni, aku juga membayangkan akan ada hamba2 Allah yang akan mula bersedekah dengan mengadakan kenduri atau sekurangnya letak pisang emas.

pastu aku mebayangkan pulak aktiviti ini bukan saja di kampung aku, malah di kampung sebelah pastu satu daerah, satu negeri, satu Malaysia dan satu dunia. wahhh....hidup masjid dan surau kita dengan bermacam lapisan muslim dari sekarang yang ada hanya orang tua-tua pencen.

teringat aku satu mat salleh muslim kata " cara untuk kita berdakwah kepada bukan Islam adalah kita menjadi Muslim seperti mana Muslim patut jadi", " dari situ la dulu Islam sampai kesetiap pelusuk dunia" - dia kata...aku percaya.......aku kata...... aku cuba...

mungkin yang datang tu dah menjadi budaya, jadi bagi aku kenpa tidak kita membudayakannya di luar bulan Ramadhan lak...apa salahnya kita membudayakan perkara yang baik.

tapi apapun kita kena mula dengan diri kita sendiri....

Tiada Isi

Salam Ramadhan,


Hari ke 4 Umat Islam di Malaysia patut berpuasa, tak tau la mungkin ada yang baru sehari, mungkin dua mungkin tak langsung berpuasa.

Untuk aku, Alhamdulillah masih lagi penuh walaupun dekat2 Ramadhan aku kena serang gastrik tapi ok lagi la...dah terlalu banyak puasa aku tinggal semasa di zaman jahiliyah aku huhuhu

teringat masa aku mula start blogging, dah setahun dah pun.

tadi banyak sangat aku nak menulis last2 bila jari dia keyboad ni...cam ilang semua idea2 aku. bila idea dah semput idea macam ni...nak tulis pun rasa xsyok, kalau tulis juga maka merapu je lebih... huarghhh sorry la yer kalau baca blog yg xberisi ni hehehe

Friday, August 6, 2010

Musim Baru

Untuk post baru ni aku cuba untuk meyakinkan diri aku yang aku akan tukar mode penulisan aku kepada yang lebih besar matlamatnya berbanding aku hanya tumpu pada politik. Terlalu banyak Blog-blog politik yang terkadang aku merasakan menjadikan orang yang baru berjinak dengan politik tertewas, keliru dan menjadi muak dengan apa yang bernama politik.

Aku tak menyalahkan blogger2, mereka masih boleh bebas untuk menulis tentang idea politik parti mereka cuma aku nak bergerak kearah lain namun aku pasti post aku nanti akan terselit dengan cerita politik kepartian juga.

Tinggal dulu matlamat aku ni, aku dah lama tak menulis dan aku tak pasti follower yang ada ini sedar atau tidak, baca atau tidak apa yang aku nukilkan tapi yang pastinya bila aku menulis seolah-olah aku dah khabarkan kepada seluruh dunia apa yang aku rasa dihati, apa yg aku fikir di minda dan apa yang aku buat dengan anggota aku.Ia seolah-olah satu rawatan stress bagi diri aku, satu kaedah rawatan namun aku tak pasti sejauh mana aku ok sebab aku mungkin tak ditinggalkan dengan komen2 kesat ataupun idea2 bangang yang boleh buat aku sendiri sakit hati bila membaca. yang pasti bila aku sumpah seranah kat sini aku rasa rileks hahahahha.....manusia kan? kalau diri kita semua ok...bila terkena diri mula sakit hati hahahaha

aku cuma nak post and try wajah baru blog aku, masih dalam belajar lagi... aku akan sambung semula warkah pemikiran aku.

Friday, January 1, 2010

Gereja dan Allah, bertuahnya atau celaka kah mereka?

Salam,

Perkabaran yg sungguh menyentap jantung aku, tat kala aku mendengar keputusan Mahkamah ttg penggunaan perkataan Allah oleh Gereja dan Tabloidnya di tv, Aku terdiam seketika, Jantung aku berdegup kencang, nafas aku turun naik dgn pantasnya, gelodak kemarahan mengusai jiwa aku hampir sepenuhnya...

Apa punya celaka! sumpah seranah aku memenuhi segenap ruang tamu rumah aku yg kecil ini, ibu hanya terdiam, melihat keputusan yg bagi aku adalah senjata ghaib utk memusnahkan apa yg selama ini kita org muslim berpegang dgn sesungguhnya, faham maksud aku bukan?

Semua ini salah umat Islam, ya kita...umat Islam Malaysia yg alpa dan melihat tanpa berbuat apa2, sila lihat rujukan di blog www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com berapa ramai dr kita dtg sekurangnya utk memberi sokonongan? berapa ramai dr kita bersuara setidaknya memberi tekanan? berapa ramai dr kita ber sms atau berblog utk menerangkan bahayanya penggunaan Allah ini? berapa ramai kita yg menyampaikan sesama kita ttg peru kita pertahankan nama Allah ini? jawapan yg tidak pasti tapi kita tau yg sedikit umat Islam kita bertindak selebihnya hanya melihat dan pasrah...dan selebihnya lagi kuat menyokong! macam Khalid Samad Bapak Segala Haram Jadah kat dunia ni! babi punya Khalid! atas nama kononnya Islam khalid sewenangnya merelakan demi kelangsungan politik parti dan diri akhirnya memakan umat Islam sendiri.

Apa rasionalnya puak2 ini menggunakan nama Allah? ya...kita penuh sedar mereka ini beriman kepada Tuhan yg Satu seperti mana Yahudi juga tapi persoalannya kenapa Allah? jawapan yg diberi kerana nama itu Melayu sesuai utk Sabah dan Sarawak, adakah org Sabah dan Sarawak begitu payah nak faham apa itu Tuhan? xcukup pendidikan yg diberi ke? cukup baghal ke mereka ini? ini bukan jawapan, ini hanya lakonan! ditambah lagi kononya nak menggunakan bahasa kebangsaan! What the Fuck! sejak bila puak ini yg dibelakangnya disokong pemimpin kuat DAP nak gunakan bahasa kebangsaan ini? siapa yg turunkan bahasa jawi? bukan ke jawi itu bahasa yg digunakan org Melayu terdahulu, itu juga Bahasa Kebangsaan! siapa yg membantah sekolah satu aliran? kenapa perlu lagi sekolah2 menggunakan bahasa lain di Malaysia setelah kita merdeka 52 tahun?

Penggunaan Allah ini hanya lakonan, senjata ghaib yg akan menghancurkan umat Islam namun sebilangan umat Islam masih malu nak mempertahankan, masih tunggu utk melihat masih mabuk utk berkuasa, kata sahabat aku GAP semasa dia disana berapa ramai sister2, father dan mereka2 yg dtg sokong tapi org kita? Pemimpin UMNO Penakut, Pemimpin PAS Pengadai, Pemimpin Melayu PKR Pelacur!

Ulamak2, mufti2 kita telah berusaha untuk menidakkan hal ini tetapi kita masih bersenang dgn kemewahan sementara kita,kita kena faham perbezaan antara kita dan Arab, di Mesir ya..org bukan Islam menyebutnya Allah kerana itu adalah bahasa mereka tapi bukan disini! BUKAN DISINI!

Bangunla Umat Islam..lihat la betapa kamu semenjak runtuhnya Empayar Kerajaan Melayu Islam kamu pada 1511 telah semakin hari semakin hilang roh keIslaman kamu, semakin hari semakin pudar jati diri anak Melayu Kamu, semakin hari semakin bacul sifat kepahlawanan kamu dan semakin hari kamu semakin mendekatkan diri kepada neraka Allah jika inilah yg kamu turuti.

Allah sebernya tak memerlukan kamu utk pertahankan agamanya, Allah mempunyai Kerajaan yg Maha Besar, Malaikat, Angin, Jin, semuanya takut dan patuh pada Allah melainkan Iblis laknatullah! tapi kenapa Allah memilih kita utk perjuangkan agamanya? fikir2kan lah....jikalau kita tak mempertahankan Islam siapa lagi akan buat? yahudi? buddha? Hindu? atheis? kalau sekecil ini berjihad pun kita tak mampu nak menolong agama Allah akan adakah harapan utk kita pada pertolongan Allah?

Maafkan aku utk post ini, aku xsanggup utk dgn sewenangnya memberi perkataan Allah itu kepada mereka kerana ini adalah penghakimam yg dibuat oleh manusia yg bukan dalam bidang Islamnya, yg aku difahamkan hakim seorang cina dan seorang lagi perempuan yg aku xpasti anutannya. Aku akan menerima andai kata Ulamak kita sedniri setelah berhujan dan mbermuzakarah mencapai keputusannya membenarkan, selain dr itu aku menolak sekeras-kerasnya dan aku rela menghalalkan darah aku tumpah utk mempertahankannya! Allahuakhbar! Alahhuakhbar! Allahuakhbar!