Monday, November 8, 2010

Kepala HOtak Hang Fikir X ? :)

Semalam aku rasa ingin menulis semula, hari ini baru aku boleh menulis kerana aku didorong oleh perasaan meluat melihat mereka yang kononnya Ahli Bijak Pandai.

Biasa la aku, hari2 aku tersentuh juga dengan politik walaupun aku khabarkan yang aku lebih mengamalkan politik yang lebih luas dari aku melihat dan mengikut budaya politik kepartian.

Baru2 ini aku bercakap dgn seorang professional kalau dalam kakitangan kerajaan Gred A la hamba Allah ni, dia tanya aku apa parti politik aku, dengan selamba aku menjawab UMNO, aku UMNO sekali lagi aku tegaskan bila dia macam xpercaya tanya aku semula, dengan muka sinis dia kata di PKR, aku kata owwh... Ok! samaada aku perasan@ aku buruk sangka aku nampak dia macam xpuas hati dgn aku dan dia kata suruh aku berfikir....tgk tv jgn tgk saja fikir n jgn percaya sgt, aku setuju kata2 dia, berfikir dan jgn percaya bulat2...dia tambah lagi tgk yang lain2 sama (aku rasa dia merujuk ke blog, harakah atau web pembangkang) aku senyum dan jawab, saya baca juga harakah, blog2 pembangkang tapi sy ttp pilih UMNO kerana bagi saya pembangkang tidak boleh jadi kerajaan yang lebih baik dari sekarang.

ayat aku tadi dah memanaskan angin air cond yang terpasang kuat, dia kata dah xbagi peluang, macam mana nak bukti dan dia merujuk kepada negeri yang dia kata maju, yang bagi aku jauh ketinggalan. aku jawab la...(nama dia...) pemerintahan negara bukan boleh senang2 kita nak ubah, bukan mesyuarat persatuan...sekali ubah amik masa 5 thn lagi untuk ubah, setahun pun macam2 jadi,ini dasar pemerintahan...dasar yang akan melibatkan ekonomi negara dan rakyat, yang akan melibatkan tumpah darah sabung nyawa rakyat, terlalu besar untuk ditangani....persoalannya adakah pembangkang mampu jadi lebih baik? isu2 fahaman parti mereka tak mampu tangani tapi mereka bersatu nak jatuhkan kerajaan, untungkah rakyat bila kerajaan jatuh dan kerajaan baru naik yg xseimbang dalah falsafah dan agenda perjuangan masing2 belum terungkai...

seharian aritu dia macam xmau bercakap dgn aku, aku cuma biasa saja bagi aku kalau nak bercakap isu politik, isu2 sensitive kita kena bersedia dan hormati apa pandangan dan hujah org lain. bila dia suh aku berfikir jadi aku berfikir adakah aku dan jutaan pengundi lain tidak boleh berfikir dgn baik? xkan la dia sorang je pandai berfikir? dia mmg professional dalam bidang dia tapi aku xrasa dia cukup pandai dalam hal lain, begitu juga aku, mungkin aku dianugerahkan pandai dalam hal-hal tertentu tapi bukan semua aku pandai, bukan semua aku tau, bukan semua aku mahir

teringat aku kata2 Pak Habib ' Bila kita berfikir kita kena membaca, bila kita membaca kita kena berfikir ' mungkin dia dan aku kena berfikir lagi dan aku fikir baik aku xyah cakap je politik dgn dia sbb dia fikir apa yang aku rasa yang penting dia luahkan xpuas hati dia saja, kalau berfakta sedap la juga aku dengar

xkisah la..sbb bagi aku mana2 pengundi atas pagar yang banyak menentukan siapa kerajaan yang dipilih.

aku jumpa juga dgn org yang xmau mengundi, katanya sama saja sapa yang dipilih...aku bukan dapat apa pun...sbb dia kawan kepada kawan aku jadi malas la aku nak ngomel banyak2 cumanya aku hairan kenapa dia amsih bersikap mcm tu, kalau pun dia xmau masuk parti politik sekurangnya tunaikan la tanggungjawab. aku pun xdapat apa dan aku pun xharap apa2 yang aku nak adalah apa yg mereka boleh bawakan kepada Agamaku, bangsa dan Negaraku.

siapa yang dapat apa2 tanpa jalan yang betul, maka setiap satu itu akan dihitung walaupun sebesar biji sawi, aku rasa kita semua faham ttg itu dan oleh sbb itu aku masih dengan pendirian aku menolak org yang sah2 dilibatkan dgn rasuah iaitu KJ. dia UMNO sama dgn aku tapi aku ttp menolak idea, kepimpinan dia..buruk sgt dan xbagus pun...kenapa aku xikut dia? sebab aku tidak diajar utk taksub...sebab aku penuh kesedaran bahawa UMNO itu hanyalah sebuah organisasi sama saja dengan organisasi parti politik lain yang memburukkannya adalah orang didalamnya samaada pemimpin atau pengikut. pemimpin dan pengikut sama2 merencanakan perlembagaan pertubuhan kalau salah memimpin buruk la jadinya, kalau salah mengikut buruk juga jadinya kalau dua-dua salah rosak semuanya.

aku juga ada kawan yang dari parti pembangkang yang aku anggap lebih terbuka kadang2 lebih dari ahli UMNO sendiri, jadi mudahnya aku simpulkan terletak di otak kamu! otak Aku! di Otak Kita! otak mereka biarkan otak mereka...kita mula antara otak aku dan otak kamu kemudian kita jadikan otak Kita, xsemudah apa yg ditulis tapi apa salahnya kita cari titik pertemuan itu, tali penyambungan itu....

nak sekali lagi aku ingatkan diri aku dan diri kamu, Berkasih sayang lah sesama Islam dan bertegaslah terhadap org Kafir, bukan tahap menentang lagi hanya bertegas...lihatlah bila ilangnya kasih sayang antara kita, sepertinya kita akan diganti dengan Bangsa yang lain di Malaysia tercinta ini.

Brother Riz - Aku Perlu Berfikir lagi dan Lagi

4 comments:

  1. sedih bila tahu sejarah yang dipelajari pada zaman persekolahan penuh dengan penipuan. sejarah negara kita sebenarnya lebih hebat daripada itu.

    isu Islam, mari lihat dengan lebih global, bukan hanya dalam negara sahaja. supaya kita lebih nampak matlamat & hala tuju hidup.

    ramai yang mati, sedang dia tak tahu mengapa dia hidup.

    sekadar berkongsi. tiada kaitan isu politik.

    ReplyDelete
  2. wah... kanuragan da mula membuka langkah! =)

    ReplyDelete
  3. buhhh....blah la..

    ReplyDelete
  4. anon 8.35 - sejarah kita wajib diubah,pembohongan perlu dibongkarkan. Islam perlu terus dipertahankan

    mawar- sekali sekala je..

    anon 1.10 - kesian dekat ko

    ReplyDelete