Tuesday, January 4, 2011

Siapa yg sedang Mengatur Negraku Malaysia sekarang ni?



Macam biasa, bila aku berjumpa dengan kawan aku Mat Kie ni mesti ada benda yang kami bincangkan, ya ada yang datang dari pemerhatian kami ada juga maklumat dari blogger-blogger pro kerajaan atau pembangkang yang kami cuba rumuskan atau setidaknya mencari jawapan atau persoalan kepada semua itu.

Dia tanya aku, ' Hang perasan x? Malaysia ni lepas satu masalah, masalah baru akan timbul walaupun masalah lama belum lagi selesai, masalah dalam Politik memang payah la nak selesai, masuk pulak masalah akidah umat Islam macam kumpulan Syiah yang terbaru ni...sebelum tu Pluralisme. Sebelum tu lagi Seksualiti Merdeka ' Dia Gay, Dia Ok'


yang semalam pulak ada cubaan nak mengugut Sultan Selangor....wahh..wah...dasyat sungguh tapi kenapa kebanyakkan isu ini berlegar atau datangnya dari Orang Melayu yang Islam agamanya? adakah 'the hidden hand' sedang mengatur Negaraku Malaysia ini ke lembah kehancuran? Kenapa tiada isu besar yang melibatkan Bangsa lain di Malaysia ni? ada kita dengar baru2 ni penyokong Hindraf buat kacau? atau pun pertubuhan Chauvinist cina buat pasai? ataupun org Bajau, Murut, Kadazan minta kuasa autonomi?


Serangan berterusan ini seolah sedang diatur, sedang dirancang umpama tengah bermain chess nak siap kan perangkap untuk Checkmate KING? siapa KING? siapa Raja?
Raja itu sebenarnya adalah Orang Melayu,dipimpin oleh Ketuanya yang Berdaulat dimana darahnya mengalir darah Ahlul Baut, disinilah wujudnya Ketuanan Melayu itu xpayah nak diubah kepada Kedaulatan Melayu kita kena mengajar mereka menerima hakikat dan jgn cuba lari dari kenyataan.



Berbalik kepada apa yang terjadi,Plurisme dan syiah sebagai contoh bila hari Natal ramai orang melayu Islam memakai Topi Santa, walaupun ditegur Mufti masih ada yang memakai dan anak2 pun dipakaikan sama, adakah ini contoh berjayanya program Kristianisasi? atau contoh Semangat 1 Malaysia yang tersongsang? atau nak meraikan kawan sehingga kita sanggup bertindak demikian? sudah hilangkan tekad akidah bangsa kita? betul ke santa ada dalam ajaran Nabi Isa? cuba la kita fikir dan baca sama


Kemudian gerakan syiah makin membesar sehingga bila ditangkap ada pulak suara yang mempertikaikan yg pastinya datang dari Orang Melayu Islam, ada yang minta Hak diberi kepada kumpulan ini, siapa yang menjadikannya besar sehingga kini? apakah tindakan undang2 yang boleh diambil? kenapa mereka berani meminta hak hari ini? kenapa kerajaan seolah risau untuk mengambil tindakan terhadap mereka?



datang pula seksualiti melayu, jelas kumpulan memohon hak untuk kumpulan Gay, memang pernah ada selama ini tapi adakah seramai ini? apa tindakan yang boleh diambil? siapa yang menggerakkan mereka? siapa yg dibelakang mereka?

menghasut menentang Sultan juga Melayu yang nak jadi wiranya, kemana hilangnya jati diri bangsa aku ini? kita dijajah pada 1511 namum akidah tetap kuat nenek moyang kita pertahankan hingga nikmat itu sampai kepada kita tapi kenapa sesudah 53 tahun kita merdeka, teras akidah kita semakin luntur? dimana silapnya?


aku juga tertungu-tunggu selepas ini isu apa pulak yang akan melanda Negaraku Malaysia, siapa pulak yang akan buat gila kata org utara, untuk siapa dan dari siapa? apa tujuan dan motif kumpulan ini hendaklah kita rekod supaya suatu masa kita tau kumpulan2 ini berteraskan perjuangan apa? siapa yang perjuangkan, untuk siapa diperjuangkan? bila diperjuangkan? siapa yang taja? dan akhirnya aku rasa database itu akan menerangkan kepada kita siapa yang menjadi the hidden hand yang sedang mengatur kedajalan di Bumi Melayu ini

Brother Riz - Perjuangan Tak Pernah Selesai

Saturday, November 13, 2010

Diantara Terbuka dan Terperangkap

Baru - baru ini secara kebetulan aku terjumpa dan berbincang dengan seorang ketua UMNO cawangan (tut...tut...) orang dia agak simple dan bagus juga, sembang punya sembang sampai la melarat isu fahaman wahabbi.

aku nyatakan yang aku merasakan UMNO dalam bahaya bahkan bukan UMNO malahan Umat Islam Malaysia dan luar negara dalam bahaya. Kenapa? kerana datangnya pengaruh luar yang sebenarnya dari kumpulan politik yang dibawa golongan muda ke Arab Saudi. WAHABBI!

Baca petikan ini yang mengigatkan kita supaya berhati-hati
Petikan dari - (www.al-ghari.blogspot.com)
WASIAT Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim


Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

aku teruskan

dalam agenda kita memperjuangkan nasib agama Islam diTanah Melayu, nasib Bangsa Melayu di Tanah Melayu dan tanahair ini sendiri yang kita kasihi perlu lah kita melihat dengan lebih besar skop dari melihat dr kacamata politik kepartian sahaja.
Melawan dan menentang serta membongkar petualang dalam merosakkan agenda Melayu islam itu adalah sangat penting

Apa yang aku lebih gusarkan kumpulan Ulamak Muda yang berhijrah beramai-ramai kedalam UMNO, malahan ada juga kumpulan ini didalam PAS. Tidakkah kita perasan mereka yang menyertai UMNO ini ada yang didakwa di mahkamah kerana tiada tauliah mengajar? cenderong ke arah fahaman wahabbiyah? adakah kita beranggapan mereka ini tidak merbahaya?

persoalan pertama aku, mereka ini rata 30 keatas dan kenapa hari ini baru mereka melihat UMNO sebagai parti yang betul berjuang untuk agama dan bangsa? apa mereka buat selama ini? tidak libat politik langsung? xamik peduli? kalau xamik peduli kenapa hari ini mereka pakat beramai-ramai amik peduli? dan serta merta menyertai UMNO? ada yang cuba menjadi lebih Hero dari Anwar Ibrahim, ikut apa jawapan yang ketua UMNO cawangan tu sebab mereka tidak diberi peluang selama ini sebab selalu kena cantas...ya aku setuju memang kebanyakkannya berlaku macam tu tapi kedatangan mereka beramai-ramai mewakili bahagian mana? adakah semua dari satu bahagian dan harap mereka tidak dicantas dalam berpolitik? jgn harap la kawan...tunjuk la dulu sumbangan pada anak bangsa...

yang kedua, kenapa tiba2 ada usul hendak diwujudkan ulamak UMNO? cukup la PAS merosakkan imej ulamak, ada baiknya kita hanya mengikut apa yang disaran oleh Mufti, Majlis Fatwa bagi saya itu sudah memadai, perlukah diwujudkan suatu sayap lagi? pernahkah kita fikir apa implikasinya?

Katakanlah, kumpulan yang mewakili ini terdiri daripada ulamak2 muda yang cuba membawa pembaharuan yg bertentang adat fahaman Imam As-Syafie, adakah pemimpin2 UMNO akan mengikuti apa yg mereka katakan? timbul semula kecelaruan dalam masyarakat...jika tidak ikut kebanyakkan rakyat akan melihat UMNO tak ikut Ulamak, buat saja sayap ulamak tapi tidak ikut ditambah lagi dgn serangan PAS maka akan menyusahkan UMNO sahaja. Kalau UMNO mengikut maka senanglah fahaman wahabbi ini akan menyelusuri masuk ke dalam pemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia.

www.al-ghari.blogspot.com

ini antara blog mengenai bahaya wahabbi bukan setakat berbeza sedikit, namun ia sampai menyentuh akidah umat Islam dimana sehingga satu tahap Allah itu berjisim. masalah kepada ancaman keselamatan negara dan lain2. aku amat berharap agar buat kajian ttg kumpulan ini, siapa mereka? apa tujuan mereka? apa fahaman mereka? apa pengajian mereka? siapa yg mereka tentang? kerana ini semua akan merosakkan Islam dan melayu itu sendiri.

Kalau layari blog yg aku sertakan lihat bagaimana solat yg mereka kerjakan, amatlah mencarik adat.
kalau la kamu berserta Ahlu Sunnah Wal Jamaah, tolong la sedarkan hal ini, perkara ini amat berat sebab itu aku sertakan apa yg Tuan Syeikh Abdullah Fahim telah sentuh dulu, betapa bahaya kumpulan ini.

semoga kita mengambil berat akan hal ini, semoga Allah membalas jasa baik kita menjaga agamaNya

apa yang aku tulis diatas telah aku edit dan antarkan kepada beberapa org tertentu, berbalik dengan KUC (ketua UMNO Cawangan)dia kata aku perlu lebih terbuka dan jgn salahkan wahabbi, dan mengaitkannya dengan Arab Saudi, apakah benar semua orang Arab Saudi berfahaman Wahabbi? tidak..setahu aku mereka berfahaman Maliki kalau tak salah aku la..kerana wahabbi ini baru muncul, dan kemunculannya melalui politik, mohd abdul wahab ini pun ditentang hebat oleh abgnya juga. KUC ini juga kata apakah xbetul kalau kita buka hadis2 Nabi pernah buat Tahlili atau sebagainya, aku jawab ya...betul Nabi xpernah buat tapi Ulamak berselisih pendapat dalam hal ini dan lebih terbuka untuk siapa juga nak amalkan atau tidak tapi kenapa dibesarkan hingga seolah-olah ianya tidak Islamic? siapa yg perlu kita ikut selepas Allah dan Rasulnya? siapa warisatul anbiya? Ulamak!

adik beradik kawan aku sampai bergaduh, hanya semata nak kebumikan jenazah diantara fahaman wahabbi dan Shafie, kenapa perlu sampai begitu jika kamu terbuka wahabbi? sebab itu aku risaukan perkara ini akan memecahbelahkan umat islam di malaysia dan juga dunia, aku bagitau dia Kerajaan Malaysia juga telah tetapkan supaya Umat Melayu Islam di Malaysia mengamalkan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie supaya dapat mengelak keceleraruan ini, tapi KUC bertegas untuk bebas siapa saja amalkan kalau camtu aku kata biar saja Syiah amalkan di Malaysia, dia kata tak boleh Syiah Sesat, salah....

dan aku jawab Syiah tu banyak jenis juga ada..kalau salah kenapa dia diterima dalam negara2 Islam OIC?(pinjam dr Pak Habib) kata tadi bebas amalkan asalkan yang asas betul, aku tanya lagi kenapa salah? syiah juga akan kata dia betul seperti wahabbi kata, syiah juga akan guna dalil2 dr Quran bagi menegakkan hujahnya....jadi yang jadi mangsa sapa? aku tambah lagi KUC xpa la..KUC mungkin ada fahaman agama yang baik..tapi KUC kena ingat bukan semua org ada tahap pemahaman agama macam KUC. sebab itu lah Melaysia ni dari awal dah tetapkan macam tu, wajib la kita ikut arahan pemerintah kalau tidak kucar kacir negara kita dibuatnya.

Banyak juga isu dan perbahasan antara kami last sekali dia ingatkan juga aku supaya lebih terbuka dan aku ttp bertegas tidak didalam hal ini, dan aku nak ingatkan kita semua dimana aku bgtau juga KUC, Penghulu segala wali Allah, Syeikh Abdul Qadir Al Jailani juga walaupun hebatnya dia tetap mengikut mazhab diantara satu dari 4 mazhab ahlul sunnah wal jamaah, tidak berani dia buat lain jadi pesanan aku fikirlah sedalamnya sebelum kita membuka ruang yang lebih luas.

Brother Riz - Ahlul Sunnah wal Jamaah