Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Siapa yg sedang Mengatur Negraku Malaysia sekarang ni?



Macam biasa, bila aku berjumpa dengan kawan aku Mat Kie ni mesti ada benda yang kami bincangkan, ya ada yang datang dari pemerhatian kami ada juga maklumat dari blogger-blogger pro kerajaan atau pembangkang yang kami cuba rumuskan atau setidaknya mencari jawapan atau persoalan kepada semua itu.

Dia tanya aku, ' Hang perasan x? Malaysia ni lepas satu masalah, masalah baru akan timbul walaupun masalah lama belum lagi selesai, masalah dalam Politik memang payah la nak selesai, masuk pulak masalah akidah umat Islam macam kumpulan Syiah yang terbaru ni...sebelum tu Pluralisme. Sebelum tu lagi Seksualiti Merdeka ' Dia Gay, Dia Ok'


yang semalam pulak ada cubaan nak mengugut Sultan Selangor....wahh..wah...dasyat sungguh tapi kenapa kebanyakkan isu ini berlegar atau datangnya dari Orang Melayu yang Islam agamanya? adakah 'the hidden hand' sedang mengatur Negaraku Malaysia ini ke lembah kehancuran? Kenapa tiada isu besar yang melibatkan Bangsa lain di Malaysia ni? ada kita dengar baru2 ni penyokong Hindraf buat kacau? atau pun pertubuhan Chauvinist cina buat pasai? ataupun org Bajau, Murut, Kadazan minta kuasa autonomi?


Serangan berterusan ini seolah sedang diatur, sedang dirancang umpama tengah bermain chess nak siap kan perangkap untuk Checkmate KING? siapa KING? siapa Raja?
Raja itu sebenarnya adalah Orang Melayu,dipimpin oleh Ketuanya yang Berdaulat dimana darahnya mengalir darah Ahlul Baut, disinilah wujudnya Ketuanan Melayu itu xpayah nak diubah kepada Kedaulatan Melayu kita kena mengajar mereka menerima hakikat dan jgn cuba lari dari kenyataan.



Berbalik kepada apa yang terjadi,Plurisme dan syiah sebagai contoh bila hari Natal ramai orang melayu Islam memakai Topi Santa, walaupun ditegur Mufti masih ada yang memakai dan anak2 pun dipakaikan sama, adakah ini contoh berjayanya program Kristianisasi? atau contoh Semangat 1 Malaysia yang tersongsang? atau nak meraikan kawan sehingga kita sanggup bertindak demikian? sudah hilangkan tekad akidah bangsa kita? betul ke santa ada dalam ajaran Nabi Isa? cuba la kita fikir dan baca sama


Kemudian gerakan syiah makin membesar sehingga bila ditangkap ada pulak suara yang mempertikaikan yg pastinya datang dari Orang Melayu Islam, ada yang minta Hak diberi kepada kumpulan ini, siapa yang menjadikannya besar sehingga kini? apakah tindakan undang2 yang boleh diambil? kenapa mereka berani meminta hak hari ini? kenapa kerajaan seolah risau untuk mengambil tindakan terhadap mereka?



datang pula seksualiti melayu, jelas kumpulan memohon hak untuk kumpulan Gay, memang pernah ada selama ini tapi adakah seramai ini? apa tindakan yang boleh diambil? siapa yang menggerakkan mereka? siapa yg dibelakang mereka?

menghasut menentang Sultan juga Melayu yang nak jadi wiranya, kemana hilangnya jati diri bangsa aku ini? kita dijajah pada 1511 namum akidah tetap kuat nenek moyang kita pertahankan hingga nikmat itu sampai kepada kita tapi kenapa sesudah 53 tahun kita merdeka, teras akidah kita semakin luntur? dimana silapnya?


aku juga tertungu-tunggu selepas ini isu apa pulak yang akan melanda Negaraku Malaysia, siapa pulak yang akan buat gila kata org utara, untuk siapa dan dari siapa? apa tujuan dan motif kumpulan ini hendaklah kita rekod supaya suatu masa kita tau kumpulan2 ini berteraskan perjuangan apa? siapa yang perjuangkan, untuk siapa diperjuangkan? bila diperjuangkan? siapa yang taja? dan akhirnya aku rasa database itu akan menerangkan kepada kita siapa yang menjadi the hidden hand yang sedang mengatur kedajalan di Bumi Melayu ini

Brother Riz - Perjuangan Tak Pernah Selesai

Tuesday, September 1, 2009

Kepala Lembu dan Lembu2

Di Masjid Shah Alam, minggu lepas selepas Solat Jumaat telah berarak kumpulan penduduk seksyen 23 Shah Alam ke pejabat SUK, membantah cadangan pembinaan kuil Hindu mega ditempat yg 90% adalah Melayu Islam, dikhabarkan hanya 40 keluarga India (kemungkinan semua Hindu) disitu. Perarakan yg dibawa bersama kepala Lembu yg disembelih...

Suka aku nak highlighkan kat sini, dr beberapa lama blog seperti GAP, House of PK, Tujuan utama bawa kepala Lembu itu, mengikut kata mereka yg berarak adalah nak menunjukkan betapa bodoh dan bingainya Khalid Ibrahim MB Selangor skg ni...xdak tujuan pun nak menghina agama Hindu utk menyatakan betul depa ni dah p buat laporan Polis terhadap individu2 yg menyalakan api perkauman dan keagamaan macam Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO yg ckp bukti sbg Perasuah, Khalid Samad - Ahli Parlimen Pas yg memberi Keizinan kepada Gereja guna nama Allah, serta Adun Batu 3 -Rodziah yg masih disiasat isu kes 360k.

Membawa kepala lembu utk menunjukkan kebodohan xdak apa yg mengejutkan aku, sbb dr kecil aku dah biasa dengar org Melayu selalu ckp " hang ni bodoh macam lembu " tapi yg aku xsukannya bila kepala lembu tu dipijak2, Hello Brother! kalau nak marah pun yg ko pegi pijak kepala lembu tu buat apa? dia pun ada hak dan tarafnya dalam Islam, jgn ingat binatang kita leh wat ikut suka kita jer...kesian kat arwah tu..heheehe

Tapi persoalan yg timbul, kenapa perarakan membantah tu berlaku? dulu masa kerajaan BN memerintah Selangor ada sebuah kuil Hindu haram di seksyen 19 Shah Alam, aku selalu nampak tokong ni dekat dgn umah kawan aku, dah bertapak selama 25 thn mengikut fakta yg diberi sampai, sampai satu masa 2007 Kerajaan BN Selangor nak pindahkan ke seksyen 22, kawasan kilang2 tup..2 PRU ke 12 BN Selangor tumbang tersungkur dgn bodohnya ke tangan pembangkang, tetiba Khalid Lembu ni nak pindah pula ke seksyen 23...hah! sudah kenapa 23? kenapa x 22? apa yg bezanya niee? cuba kita fikir dan selidik tgk...apa yg best sgt nak buat tokong Hindu kat 23 90% Melayu Islam itu...

Pembinaan tokong Hindu bukan utk sehari dua bang Khalid oiii..ini jangka masa panjang, xkan nak bina setahun pastu dah p buat kat lain pulak, xleh camtu jadi apa rasionalnya nak bina kat 23? oo...terlupa la yg 5 exco bang Khalid dr DAP ni penyokong tegar IFC, permintaan IFC yg ke 8 nak samarata, satu tokong, satu gereja,satu masjid macam tu...adil sungguh dan pandai betui bang Khalid perintah negeri. Cuba Hang kawin dua tgk Khalid, Isteri pertama hang ada anak 10, isteri kedua hang ada anak sorang, ckp bulan hang bagi perbelanjaan kat isteri pertama rm100 nak makan utk 10 org anak, isteri dan hang sekali nak bedal, isteri kedua pun hang bagi rm100 juga utk 3 org makan, adil ka macam tu? Khalid....Khalid....

Bukan kita xbagi Hindu nak sembahyang, kita Islam bagi hak kepada bukan Islam utk beragama tapi yg kita pertikaikan tempat tu...xpatut langsung! cuba kita tgk sejarah hitam Pulau Pinang 1998 - Kg Rawa, tokong yg dibina sebelahan dgn Masjid mula2 kecil ja...pastu makin besar...makin besar...bila azan dan solat Maghrib loceng2 pun dibunyikan kata org dgn sengaja lagi kuat, maka last2 tercetuslah ai kemarahan Islam dan Hindu, berlaku la pertumpahan darah...aku baru 17 thn masa tu, tapi aku pun marah naik la...motor RC 80 aku nak p berjihad bersama-sama....

kalau nak tunjuk harmoni pun...xpayah nak buat dekat2, macam tempat tokong nak buat tu jaraknya hanya lebbih kurang 100 meter dr Surau, kalau xdok dekat2 aku rasa keharmoniannya lagi senang dijaga, kena ingat isu agama cepat merebak.

si..KJ, Khalid Samad,Khalid Ibrahim dan Rodziah

KJ- org semua tau dia perasuah dan sgt xpopular dikalangan UMNO dan bukan UMNO cuma 2,3 kerat perwakilan yg mulutnya disumbat dgn duit dan mindanya dijolok dgn projek2..utk mendapat perhatian macam2 la dibuat, mcm mansuhkan ISA (ikut ckp pak mertua), masa belas setiausaha colondorize rice dtg dia la sungguh2 nak lawan US, tapi mai bab isu2 ni dia diam lak xdapat liputan meluas media, yg dia kata puak ni hina Hindu awat dia tau lagi ka niat org, kenapa dia xtanya dulu dan kenapa dia nak jadi hero hindu, ni la org kata lebih hindu dr hindu

Khalid Samad & Rodziah - 2 org xberguna ni bukan reti apa, sembang kuat..xcaya aku kata cuba tgk tandatangan depa 2 ni utk pembinaan tokong mega ni? bila hal ni terbukti dan2 depa salahkan UMNO dan Polis, patut ka? hoi....! Mangkuk! dah salah tu bertaubat la cari la jalan lain ni..letak salah kat org lain lak...kalau xcata buka
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
ka sini ada tandatangan depa nie...

Khalid Ibrahim - Dtg dr dunia korporat, pentadbiran pun cara korporat ke? ni bukan tempat cr untung..ni tempat menjaga kebajikan rakyat, ya perlu Kerajaan Negeri untung tapi bukan nak keuntungan melebihi semuanya, Knapa la takut sgt dgn DAP tu...oo lupa DAP banyak pegang DUN di Selangor dan Parlmen di KL, nnt kalau diaorg keluar Mat Khalid ni xleh jadi MB la..ilang la kuasa dia..rugi la dia..xpa2 biar la depa dok bau wangian tokong dan musik2 bermacam irama yg depa nak main nnt, ni baru ADIL kita kan KeAdilan!
Panjang lebar aku tulis kali ini, bukan apa ini isu umat Melayu, umat Islam...bukan lagi isu politik, di sekyen 23 tu bukan org UMNO je duduk, org PAS pun ada org PKR pun ada, org xde parti pun ada dan mereka semua ini yg berarak membantah, tolongla org Melayu sedar la bila masa kita perlu berpolitik dan bila masa kita perlu berpegang teguh. Isu ni kita perlu campur tangan.
Pasai pa dok risau hindu terasa hati dgn lembu tu? hindraf masuk kacau majlis aidilfitri ade dia peduli pasal Islam? tuduh Melayu, Islam dalam memorandum ke Queen Eli. ade dia peduli? nak buat tokong kat tempat org Islam ada org Hindu kisah? ini Negara Islam tanah Melayu hak dijamin dalam persekutuan..ingat itu!
skg siapa Lembu? siapa kepala lembu2? siapa lembu yg sembelih? tepuk dada tanya iman
Brother Riz - Aku disana Penang, Kg Rawa 98 & Demonstrasi membantah IFC di Bar Council (umat Islam bersatu)

Saturday, August 22, 2009

PRK Ptg Pasir

1st day fasting in Ramadhan 2009,

Alhamdulillah dapat juga abihkan, semalam tak pegi tarawikh sbb ada keje lain xsempat, hari ni selsema teramat sgt, nasib baik iman aku bertahan lagi kalau x sahih la masuk nasi kandar hehehe

Dalam sibuk buat assignment sempat juga aku baca blog2 tentang Pilihanraya Kecil Ptg Pasir (PRK Ptg Pasir) tak dinafikan malahan aku mengaku yg aku ni seorang Ahli UMNO tegar, penyokong BN dan bukanlah Peminat PAS, paling benci PKR dan Sanggup mati utk tidak masuk DAP.

PRK Dun Ptg Pasir dalam parlimen Ptg Pauh, saingan antara UMNO dan PAS dikawasan majoriti Melayu tapi minoroti di Pulau Pinang. Sebelum ini arwah Hj Hamdan dr PAS pegang dun ini, aku xnak bercerita apa yg dia dah buat dikawasan ini tapi suka aku nak highlightkan ttg apa Melayu buat disini, di tanah bekas jajahan British ini.

Kemenangan PAS di Kedah dan pengekalan Pas di Kelantan bagi aku tiada apa yg menguggat sgt, tapi kekalahan UMNO di Pulau Pinang adalah ssuatu yg sgt mebimbangkan. ya..dulu BN menang dan UMNO banyak memenangi kerusi dun pun begitu ada cubaan utk dilantik timbalan ketua menteri pulau pinang ke2 dari parti komponen BN bukan Melayu, persoalannya kenapa perlu? Ketua Menteri Penang bukan dr org Melayu, hanya timbalam Menteri Penang saja Melayu jadi kenapa perlu lagi seorang timbalan Ketua Menteri? disebabkan sisa kekuatan UMNO pada masa itu masih kuat, maka hasrat itu dibatalkan, skg ada sudah timbalan ketua menteri pulau piang ke 2 seorang India tapi apa saja yg dilakukan di Pulau Pinang ada kita dengar ttg pemimpin Melayu yg ganas bersuara? atau kita dengar buat apa2? xda pun yg ada hanya DAP dan PKR(bukan Melayu)

Pilihan Raya Umum (PRU 12) menyaksikan UMNO kalah besar di Pulau Pinang dan hanya 2 Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor menjadi benteng terakhir UMNO dan org Melayu khususnya, kenapa aku katakan yg org Melayu sedangkan Pas dan PKR pun menang juga di Pulau Pinang ni? tgk saja pada bekas kabinet Kerajaan DAP Pulau Pinang, dimana exco PAS? haram xdak pun...PKR jadi bahan tunggangan Anwar jer utk survival politic, siapa yg akan menjaga Melayu sekaligus Islam, UMNO hanya menjadi pembangkang yg bilangannya terhad.

Melayu dalam Pemerintah Pulau Pinang tiada kuasa apapun, jadi bagaimana kita nak harapkan sesuatu yg baik dapat dilaksanakan, baik menang kepada UMNO supaya check n balance dalam pemerintahan Pulau Pinang dapat dibuat dgn lebih baik, nak harapkan PAS asik nak berceramah jer..nak harap PKR asik main isu Anwar jer..apakah Anwar lebih besar dan penting dr masalah dan kepentingan org Melayu?

aku xnafikan pemimpin UMNO Pulau Pinang ada yg sgt rakus, ada yg rakus sikit2 dan namum jgn la lupa ada yg baik juga tapi perlu diingat sesuatu yg berkait besar dgn hala tuju kita org Melayu Islam haruslah diambil kira, kerosakan harus kita baiki dr dalam, jgn buang terus harga yg kita bayar terlalu tinggi utk semua ini. Tgk apa DAP buat dekat Penang, Selangor dan Perak, itu baru Kerajaan negeri kalau la jadi kerajaan Persekutuan, mau tercabut Hak Melayu...macam aku kata tadi PAS hanya merelakan apa yg DAP buat, PKR ada agenda Anwar sahaja...

Sayang aku xleh balik utk bersama kempen utk UMNO, siapa yg menang sama saja ayat lapuk yg xlh diguna pakai, ini melibatkan kepentingan Masyarakat melayu yg lebih besar harus diingat! Sebagai contoh Kerajaan Indonesia, majoriti org Melayu,(acheh,busis & lain2 dikira Melayu) tapi apakah Indonesia boleh berjaya macam Malaysia skg ini? penduduk ramai, sumber alam banyak tapi Kerajaan sering menemui kegagalan, rakyat pula sikit2 nak memberontak, demonstrasi jadi bila nak maju? tgk Thailand pulak...kumpulan Kuning dan Merah, abih kuning tunjuk perasaan kumpulan pro Thaksin(merah) buat kacau pulak, Kawasan Melayu Patani xde pembangunan, berapa ramai org Patani dtg Malaysia cari makan? berapa ramai org Indonesia dtg sini? kerana apa? kemakmuran ekonomi dan politik yg stabil...adakah kita rakyat Malaysia tidaj mahu bersyukur? org Cina ckp kaya di Malaysia ini, dr Merdeka lagi, India pun semakin kaya sampaikan nombor 2 kaya dalam Malaysia org India, org Melayu? nombor berapa? 7 kot..itu pun sorang jer... bukan Melayu bawa2 la bersyukur sama jgn terlalu rakus.

aku kena stop dulu, letih sgt...maaf andai menyinggung perasaan sesiapa di Bulan Ramadhan ini...

Brother Riz - Ahli UMNO Tegar (Tun Mahathir Supporter)