Tuesday, January 4, 2011

Siapa yg sedang Mengatur Negraku Malaysia sekarang ni?



Macam biasa, bila aku berjumpa dengan kawan aku Mat Kie ni mesti ada benda yang kami bincangkan, ya ada yang datang dari pemerhatian kami ada juga maklumat dari blogger-blogger pro kerajaan atau pembangkang yang kami cuba rumuskan atau setidaknya mencari jawapan atau persoalan kepada semua itu.

Dia tanya aku, ' Hang perasan x? Malaysia ni lepas satu masalah, masalah baru akan timbul walaupun masalah lama belum lagi selesai, masalah dalam Politik memang payah la nak selesai, masuk pulak masalah akidah umat Islam macam kumpulan Syiah yang terbaru ni...sebelum tu Pluralisme. Sebelum tu lagi Seksualiti Merdeka ' Dia Gay, Dia Ok'


yang semalam pulak ada cubaan nak mengugut Sultan Selangor....wahh..wah...dasyat sungguh tapi kenapa kebanyakkan isu ini berlegar atau datangnya dari Orang Melayu yang Islam agamanya? adakah 'the hidden hand' sedang mengatur Negaraku Malaysia ini ke lembah kehancuran? Kenapa tiada isu besar yang melibatkan Bangsa lain di Malaysia ni? ada kita dengar baru2 ni penyokong Hindraf buat kacau? atau pun pertubuhan Chauvinist cina buat pasai? ataupun org Bajau, Murut, Kadazan minta kuasa autonomi?


Serangan berterusan ini seolah sedang diatur, sedang dirancang umpama tengah bermain chess nak siap kan perangkap untuk Checkmate KING? siapa KING? siapa Raja?
Raja itu sebenarnya adalah Orang Melayu,dipimpin oleh Ketuanya yang Berdaulat dimana darahnya mengalir darah Ahlul Baut, disinilah wujudnya Ketuanan Melayu itu xpayah nak diubah kepada Kedaulatan Melayu kita kena mengajar mereka menerima hakikat dan jgn cuba lari dari kenyataan.



Berbalik kepada apa yang terjadi,Plurisme dan syiah sebagai contoh bila hari Natal ramai orang melayu Islam memakai Topi Santa, walaupun ditegur Mufti masih ada yang memakai dan anak2 pun dipakaikan sama, adakah ini contoh berjayanya program Kristianisasi? atau contoh Semangat 1 Malaysia yang tersongsang? atau nak meraikan kawan sehingga kita sanggup bertindak demikian? sudah hilangkan tekad akidah bangsa kita? betul ke santa ada dalam ajaran Nabi Isa? cuba la kita fikir dan baca sama


Kemudian gerakan syiah makin membesar sehingga bila ditangkap ada pulak suara yang mempertikaikan yg pastinya datang dari Orang Melayu Islam, ada yang minta Hak diberi kepada kumpulan ini, siapa yang menjadikannya besar sehingga kini? apakah tindakan undang2 yang boleh diambil? kenapa mereka berani meminta hak hari ini? kenapa kerajaan seolah risau untuk mengambil tindakan terhadap mereka?



datang pula seksualiti melayu, jelas kumpulan memohon hak untuk kumpulan Gay, memang pernah ada selama ini tapi adakah seramai ini? apa tindakan yang boleh diambil? siapa yang menggerakkan mereka? siapa yg dibelakang mereka?

menghasut menentang Sultan juga Melayu yang nak jadi wiranya, kemana hilangnya jati diri bangsa aku ini? kita dijajah pada 1511 namum akidah tetap kuat nenek moyang kita pertahankan hingga nikmat itu sampai kepada kita tapi kenapa sesudah 53 tahun kita merdeka, teras akidah kita semakin luntur? dimana silapnya?


aku juga tertungu-tunggu selepas ini isu apa pulak yang akan melanda Negaraku Malaysia, siapa pulak yang akan buat gila kata org utara, untuk siapa dan dari siapa? apa tujuan dan motif kumpulan ini hendaklah kita rekod supaya suatu masa kita tau kumpulan2 ini berteraskan perjuangan apa? siapa yang perjuangkan, untuk siapa diperjuangkan? bila diperjuangkan? siapa yang taja? dan akhirnya aku rasa database itu akan menerangkan kepada kita siapa yang menjadi the hidden hand yang sedang mengatur kedajalan di Bumi Melayu ini

Brother Riz - Perjuangan Tak Pernah Selesai

1 comment:

  1. Salam.. Agak menarik artikel yang di keluarkan.
    Mohon link kepada http://jawaber6.blogspot.com

    Salam Sahabat Perjuangan.

    ReplyDelete