Saturday, August 14, 2010

Kumpulan G8 di Malaysia

Baru-baru ni tempat keje aku ade buat tazkirah zohor, bersamaan dengan bulan Ramadhan ni maka Ustaz pun bercerita la tentang puasa dan solat tarawikh.

Maka sebut la akan ustaz ini tentang kumpulan G8 di Malaysia, yang kita tau G8 ni adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom apa ustaz ni dok cerita..last2 baru dapat tau yg dia nak bgtau geng solat tarawikh 8 rakaat je nie...maka termasuk la aku sekali dalam geng G8 nie...hahaha

tapi aku selalu cuba sekurangnya sehari aku nak penuhi sampai 23 rakaat termasuk witir tiap-tiap tahun. kita tinggal pasal G8 yang sebenarnya aku nak cite dan kongsi kat sini pasal solat tarawikh berjemaah.

aku cuma hairan bila masuk bulan Ramadhan ni, bila start tarawikh punya la ramai jemaah mai...dari orang tua yg selalu ada, dari yang jarang2 mai...dari yang payah nak nampak muka, budak2 muda, kanak2, org pompuan... keadaan yang sangat meriah macam acara wajib kena dtg kalau x xdapat kupon nak minta kolej UiTM next semester hehehe..

dan aku terfikir...kenapa kalau bukan bulan puasa kita tak dapat nak luangkan sikit masa sekurangnya Insyak berjemaah di Surau, Masjid, Musolah atau sbgnya? di bulan puasa kita akan penuhi sekurangnya di awal Ramadhan...jadi kenapa tidak di hari2 biasa? kenapa tidak dapat kita cari sedikit masa untuk berjemaah di surau? aku pun tak pergi...ini yang aku jadi pelik lagi...hehehe

aku membayangkan kalau-kalau perkara ini terjadi, dimana setiap orang muslim akan ambil masa berjemaah Insyak di surau, kalau Maghrib mungkin ramai xsempat balik keje atau sbgnya, dah pasti setiap surau atau masjid itu akan menjadi begitu meriah macam pasar malam, mungkin lepas tu akan ada org meniaga tudung atau makanan....budak2 pasti penuh kalau ade aktiviti macam ni, aku juga membayangkan akan ada hamba2 Allah yang akan mula bersedekah dengan mengadakan kenduri atau sekurangnya letak pisang emas.

pastu aku mebayangkan pulak aktiviti ini bukan saja di kampung aku, malah di kampung sebelah pastu satu daerah, satu negeri, satu Malaysia dan satu dunia. wahhh....hidup masjid dan surau kita dengan bermacam lapisan muslim dari sekarang yang ada hanya orang tua-tua pencen.

teringat aku satu mat salleh muslim kata " cara untuk kita berdakwah kepada bukan Islam adalah kita menjadi Muslim seperti mana Muslim patut jadi", " dari situ la dulu Islam sampai kesetiap pelusuk dunia" - dia kata...aku percaya.......aku kata...... aku cuba...

mungkin yang datang tu dah menjadi budaya, jadi bagi aku kenpa tidak kita membudayakannya di luar bulan Ramadhan lak...apa salahnya kita membudayakan perkara yang baik.

tapi apapun kita kena mula dengan diri kita sendiri....

No comments:

Post a Comment