Saturday, September 19, 2009

1001 Cerita Malam Raya


Salam semua,
Malam ni malam Raya Aidlifitri tahun 2009, aku masih xmau lelap walaupun berdenyut mata aku minta direhatkan, baru lepak nasi kandar Kamar Jahan kat Butterworth, mamak kedai pun dah macam xde selera nak berniaga, teringat anak isteri kot...hehehe


Malam Raya ni aku dgn Pak Ed kawan aku dr kecil, kami berdua je keluar lepas kawan2 lain semua xdapat nak join, sampai je depan Kamar Jahan Gedegam....! bukan bunyi guruh rancangan Jamal Jamaluddin kat Sinar FM tu tp bunyi mercun yg dilempar Mat Rempit sambil naik motor.....terus mengerakkan alarm keselamatan Am Bank, aku yg dok tengah mengeliat terkejut juga..ingatkan ada org accident...
jejak je kaki kat depan kedai seorang pakcik membebel seorang diri, aku jadi tempat dia nak luahkan perasaan dia malam tadi " apa punya Melayu xguna, minta maaf cakap pakcik pun Melayu tapi ni..xdak kerja punya budak2 bagi susah org semua, kalau jadi 13 mei balik abih depa ni semua kena bunuh dgn cina,bla..bla..bla..." antara intipati percakapaan pakcik nie...tp kenapa dicerita kat aku? oo..aku rasa sbb aku selempangkan kain serban kat bahu aku kot...hehehe mesti dia ingat aku ni jenis Pemuda harapan bangsa...Alhamdulillah, moga2 terjadi hehehe



Lepas je makan, ada lak seorang bapuk naik motor dok ronda2 mencari abg2 gersang yg perlukan khidmat dia, astaga...! esok dah nak raya malam ni masih nak buat dosa ka? preeng....!!! kumpulan Mat Rempit lak lalu membuat pencemaran bunyi dan budaya....aku hanya mampu melihat dan berfikir, adakah ini cara kita menyambut ketibaan hari kemenangan kita melawan Hawa & nafsu selama sebulan? Ngomelan pakcik kat kedai tadi mula berulang semula kat kotak fikiran aku ni..betui juga pakcik tu kata tp pakcik tu sama ja dgn aku melihat dan xmampu berbuat apa2 pada saat itu...dimana silapnya kita? dr rumah hingga ke sekolah dr pejabat hingga ke merata tempat kita perlu ubah system dan cara kita, terlalu banyak yg menyimpang dr jalan yg di Tar ke jalan Tanah Merah yg berselut...



Dan..aku rasa macam2 lagi berlaku di malam raya ni..1001 kisah kehidupan yg xckp utk blog kecil aku ni..hehehe





Semalam aku buka youtube, dr tgh malam sampai la ke subuh aku tgk video2 org2 eropah, amerika memeluk Islam, terkejut juga aku dgn angka yg diberikan CNN yg lebih kurang 20000 org setahun memeluk Islam di Amerika, sumber CNN aku xpasti tp kalau benar ternyata angka ini sesuatu yg besar dan malunya aku bila melihat cara org disana berdakwah, yg mampu menarik begitu ramai org kepada Islam, disini di tempat kita ini berapa ramai org kita murtad? memohon bertukar agama..apakah dakwah yg telah kita lakukan sekurang-kurangnya memastikan yg Islam ttp Islam walaupun kita xbanyak berdakwah kepada yg bukan Islam...persoalan yg kita sama2 perlu fikirkan jawapannya...







banyak cerita2 menarik dr mereka yg memeluk Islam, bagaimana Islam itu dikaji dan persepsi mereka sebelum Islam, antara puncanya tragedi 11 September. Seorang itu berkata Media menceritakan yg Islam ganas, extreme yg membuatkannya terfikir apakah yg menyebabkan Islam ini sedemikian rupa maka Kitab Tafsiran Al-Quran dibeli dan dibacanya, bila sahaja membaca tafsiran dia xmampu untuk berhenti...baginya kata2 keindahan Al-Quran adalah sesuatu yg terlalu hebat dan menarik utk dibaca dan dimengertikan. Terima Kasih kepada Rancangan jahat Musuh Islam dalam 11 September skg kita nampak apa hikmah yg terjadi disebaliknya.



Kepada sesiapa yg belum dengar lagu kat bawah ni, layan la best kata2 dia, kumpulan American Muslim Hip Hop

Brother Riz - Soldier of Allah

1 comment:

  1. salam... long.. raye da lps.. deepavali da lepas.. raye haji coming soon.. mai la udate content ang nh, hehe~

    ReplyDelete