Monday, September 14, 2009

Bercakap dgn Allah

Alhamdulillah, Semalam aku sempat abihkan 8 rakaat Solat Sunnat Tarawikh aku yg pertama dalam Bulan Ramadhan tahun 2009 ini...huhuhu syawal yang makin menjelma aku hanya sempat buat sehari je tarawikh, xsempat atau aku yg pemalas? aku pun jadi bingung balik dgn jawapan aku bagi ini...

Semalam bertarawikh kat Masjid Shah Alam, Subhanallah...kali kedua aku dtg ke rumah Allah ini, last aku dtg bersembahyang kat Masjid ini waktu solat Jumaat thn 2000 kalau xsalah, semalam cuaca yg baik menambahkan lagi keindahan Masjid, penuh kereta tersusun dan ramai jemaah yg dtg, lelaki perempuan, kanak2, org dewasa, warga emas smuanya berebut mencari rezki yg berlipat ganda ini setelah siangnya letih bekerja dan berpuasa. Aku bersembahyang disebelah pakcik yg terpaksa duduk diatas kerusi utk bersembahyang, terdetik kat hati aku ini " pakcik yg guna kerusi ni pun nak berebut mencari rahmat Allah tp aku yg masih boleh berdiri dgn baik ini masih nak sombong utk berdiri mengadap Allah", agaknya kalau aku tua dan sakit nnt silap2 aku tak sembahyang terus apa,Nauzubillah....

Duduk dalam Masjid mmg ada kelainan, aura Masjid mmg memberi ketenangan yg luar biasa, sedar atau tidak cuba kita ambil masa selepas sembahyang duduk sekejap di masjid, memeang terasa lain aura tu bukan macam aura Mawi tu..heehe aku pun xpasti Aura Mawi macam mana tapi aku yakin di Masjid auranya lebih mententeramkan jiwa, patut la org dulu2 suka abihkan masa kat Masjid, ini teori aku jer....

Mungkin lebih tenang lagi kalau Quran dibaca dan dibaca sekali tafsirannya, aku mmg xtau bahasa arab jadi bila mmbaca Quran sahaja belum ckp utk puaskan hati aku, aku nak tau apa Allah ceritakan kepada aku, aku nak pastikan apa yg aku cerita kepada Allah dah Allah jawabkan dalan Al-Quran.

Aku xingat dimana aku dpt ayat ini, kalau xsalah Dr Fadhilah Kamsah kot... " Bila kamu bersembahyang ia seolah-olah kamu bercakap-cakap dgn Allah, dan bila kamu membaca Al-Quran ia seolah-olah Allah bercakap dgn kamu" ayat yg sgt menarik bagi aku

Cuba kita fikirkan kedua-dua ini terpisah, mampukah kita berhubungan dgn Allah dgn lebih baik? dan siapakah sebenarnya penolong yg lebih baik? tentulah jawapannya Allah, mula la aku terfikir yg selama ini sgt lalai dalam menjaga kedua-dua hal ini, satu ok satu xok...jarang aku nak dpt kedua-duanya ok, kalau dua-dua xok banyak la...huhuhuhu aku rasa ramai lagi org Islam kat luar sana macam aku, dua-dua xok..sbb tu kita jadi org Islam yg lemah, yg mundur, yg fakir, yg jahil hampir semua yg negatif kita bolot...


Semoga kita leh guna 2 cara ini utk sama2 kita bangun semula menjadi org Islam yg lebih Positif.


Brother Riz - Banyak Baca Nota

No comments:

Post a Comment