Sunday, September 6, 2009

Negara Aku Bukan Negara Kamu!

Sebenarnya aku malas nak komen pasal cerita ini, walaupun berulang kali diberitakan, kali ini aku gagahi la juga nak kongsi sedikit perasaan marah dengan sebilangan rakyat Indonesia terutamanya mahasiswanya.

Petang tadi aku jumpa blog www.mujahidin09.blogspot.com (indonesia) @ yg ni lagi best kawan aku kasi http://penipuan-jawa.blogspot.com (Malaysia) dan leh tgk juga http://myadha.blogspot.com (malaysia), blog mujahidin ini milik rakyat Indonesia yg lebih matang dalam menangani isu2 seperti ini. Aku sebebnarnya ada juga baca blog2 anti-jawa, indon suck dan blog2 anti Malaysia ataupun disebut Malingsial (maling = pencuri)

Datuk aku sebelah bapa dan Emak aku asal dr Acheh dan aku xkenal wasilah keturunan disana, bagi aku Malaysia, Indonesia, Selatan Thai, Melayu Singapura, Brunei, Selatan Filipina adalah Melayu dan duduk dalam gugusan kepulauan Melayu. Penghijrahan semasa kemakmuran Kerajaan Melayu Melaka telah berlaku mungkin juga dalam skala besar-besaran dan peperangan antara Kerajaan Melayu juga mengakibatkan penghijrahan dan pemastautin mereka disni maka tercipta la adat yg baru, gabungan atau pengekalan adat2 ini di tanah semenanjung Melayu.

Dalam Mingguan Malaysia minggu lepas, Borhan Samah kalau xsalah tulis, bila mana Zahid Hamidi ditanya ttg maling ini...oleh wartawan indonesia maka Zahid menjawab adakah saudara2 mahu menuduh saudara2 anda disana sbg pencuri dgn penuh dialek jawanya. Fikir kan sejenak...

Zulkiefli Bakar, Mingguan Malaysia 6 sep 2009, mengulas hal yg sama bagaimana bendera Malaysia dibakar, mahasiswa nak pacakkan bendera Indonesia di kedutaan Malaysia,dan ada di blog ttg lebih 400 org siap nama utk berperang dgn Malaysia, katanya ini bukan racism tapi ini Nationalism, mencintai bangsa sebahagian iman ...

alahai...kalau nak berperang tu utk apa? sape untung? nak jajah Malaysia ke? apa tujuannya? katanya ni sbg simbolik tapi bagi aku ini sebenarnya menunjukkan kebodohan! kalau la berpereang itu sesama Islam siapakah yg bakal masuk syurga dan neraka Allah? mengadu domba, memfitnah adakah perkara mulia yg dituntut agama? macam mana nak jihad kalau hal ini xdiberi perhatian?

Sayangnya golongan Mahasiswa yg terlibat, dimana kumpulan ini sepatutnya memikirkan apa yg patut dia buat kepada bangsanya dr memikirkan apa yg dia nak buat kepada bangsa lain, di Malaysia isu ini tiada apa2 pun...ya rakyat Malaysia marah dgn membakar bendera tapi kita masih bersabar dan rasional tp kenapa media2 di Indonesia galak sgt nak bakar api permusuhan? tambah pulak seorang menterinya yg lantang marah Malaysia konon-kononya mencuri tarian Pendet, last2 terbukti bukan Kerajaan Malaysia, apa tindakan menteri tu? minta maaf x? haram x...

segala-galanya dikata curi dr lagu terang bulan, bendera, klcc banyak lagi la kalau aku kupas pun buang masa aku ja..xlayak dipertikai pun, sebenarnya aku mencari punca kenapa dan mengapa ini berlaku?

aku tau konfrontasi Presiden Sukarno terhadap Malaysia 1963, aku baca sejarah dan hari ini mereka cuba membentuk semula konfrontasi tu? siapa dalang disebalik semua ini?

  1. Pemimpin Politik mereka aku rasa org yg terlibat utk survival politik mereka, utk menutup kelemahan pentadbiran mereka, ekonomi yg teruk maka disinilah agenda utk alihkan perhatian berlaku.

  • Tarian Pandet tu..aku curiga Discovery syarikat besar xbuat research dan xtau yg tarian itu dr Indonesia, mcm mana senangnya ia letak kat Malaysia, adakah barat mengetahui yg rakyat Indonesia marah kepada Malaysia? ada agenda tertentu ker?

  • Rakyat Indonesia ni cemburu mungkin atas kejayaan Malaysia? walaupun mereka dulu merdeka, walaupun tenaga kerja ramai, sumber alam besar tapi xsemaju Malaysia, mereka gelakkan kita merdeka sbb diberi british, semenjak Kerajaan Melayu Melaka 1511 tumbang ke Portugis, bangsa kita xpernah mengaku kalah dalam berjuang menentang Portugis,Belanda,British,Jepun, Komunis dan akhirnya dgn kepandaian kita kita dapat Hak Bangsa kita semula. Sbb Indonesia asik nak lawan saja negara Indonesia xleh maju, sikit2 mogok dan macam2 dibuat nak tunjuk kekuatan tapi mengurangkan ilmu ke lutut.

apapun kat sini, aku bukan la nak mebangkitakan perasaan benci Indonesia ataupun memperlecehkan bangsa Indonesia, aku sbg rakyat Malaysia sebenarnya terguris dgn sikap kurang ajar sebahagian rakyat Indonesia, ingatla ramai org Indonesia yg bekerja disini dan wang yg dihantar kesana mampu utk membangunkan Indonesia sama, ramai lagi pekerja Indonesia yg didera ttp kenapa xdihighlighkan hanya di Malaysia, negara arab pun banyak....ikut kata kawan aku org Indonesia pun dera Indonesia xcaya tgk cite sinetron Indonesia kat TV2 Malaysia.



cari la punca kepada semua ini, jawapannya anda yg tentukan

Brother Riz - Agama Islam, Bangsa Melayu, Rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment