Sunday, December 20, 2009

Salah ke dtg kenduri?

Aku mencuri sedikit masa nak bercerita dan menyimpan pengetahuan aku kat sini ttg persepsi dan amalan msyarakat kita time2 kenduri kendara ni, maklum la Bulan 12 cuti panjang ramai la membina Masjid kat seluruh malaysia ni, Alhamdulillah..menagis syaitan2 kerana cucu2 Adam a.s memilih utk berkahwin maka gagal la lagi Syaitan dalam janjinya nak sesatkan umat manusia ini sesesat dirinya atau mungkin lebih teruk dari dirinya..hehehehe

Aku bila nak kenduri? kalau setakat nak buat kenduri kecil-kecilan dtg ja jjumpa aku..aku bawa p makan nasi kandar mana2 yang patut..hehehe





Bulan 12 ni hampir setiap ujung minggu aku cuma menhadiri Majlis Kahwin kawan2, jiran, sedara mara maka bermodal la juga nak p kenduri ni pun..minyak kereta, tol, sedekah jariah... Alhamdulillah aku xkisah sgt asalkan aku ada modal aku akan hadiri majlis tu, bagi aku ini satu penghargaan kepada aku utk dijemput ke majlis buat Syaitan menangis hehehe

Ada juga aku dengar rungutan dan kadang perli dr kawan2, tuan rumah la pasai kenduri kahwin ni...aku xmau sentuh bab belanja kawin, mas kawin ke ape ke cuma aku nak bicara ttg kenapa kita menjadikan kenduri sbg tempat mencarik adat dan matlamat sebenarnya kenduri itu.

Pernah tak kita dengar atau terjumpa macam ni:

1) Aku xdak duit nak bagi pergi kenduri
2) Bagi RM2 je... (tuan rumah)
3) Ha..ha..ha..sapa la bagi sampul kosong ni (tuan rumah)
4) Masak xsedap
5) Xdak lauk pun...dah abih datang jauh ni..
6) Si Anu tu bagi berapa (tuan rumah)
7) Amik nak bungkus bawak balik (selalunya org n sedara)
8) nak bunga telur..dapat apa p kenduri umah dia?

dan macam-macam la lagi......yang pergi kenduri selalu pastui tau lebih lagi..




Dan bagi aku pulak, kalau aku ada duit aku pasti hulur juga bukan niat aku xmau malu cumanya kita sama nak membantu, kata orang tumpang kenduri, kata BERSAMAMU hulurkan tangan ringankan beban, kalau kita xbagi pun Tuan Rumah dah cukup duit dia nak buat kenduri, jadi berbalik kepada persoalan tadi buat apa kita nak bagi kalau kita tak ikhlas? aku ragu2 kalau perbuatan memberi tanpa ikhlas itu mendatangkan pahala..cuba siapa2 check dgn ustaz tgk, dah xdak kita buat cara xdak jgn la pulak boh sampul kosong, xcaya? aku sendiri pernah jumpa masa kensuri kawin kakak aku dulu.

Masyarakat kita membudayakan memberi sedekah pada majlis kenduri adalah sesuatu yg sgt baik namun sebaik mana pun tanpa niat dan tujuan yg baik pasti amat merugikan, setiap amalan yg baik mestilah dimulai dgn niat yg baik, cara yg baik utk dapat keberkatan. Kadang2 dihulur RM2 tapi bising macam nak makan kat hotel...alahai agak2 la..org buat kenduri ni sedap ke tak makan sudah la, lain la kalau basi masakan tu..

Apa sebenarnya kita dtg majlis perkahwinan? adakah tujuan utamanya nak makan nasi kenduri? atau kita dtg meraikan Majlis saudara kita, sahabat kita..jiran kita, kalau dah abih xleh ka kita pi makan dekat kedai jer...ada juga merungut datang jauh la, minyak dan tol mahal pastu xleh makan lak..persoalan ini bermula dihati kita, kalau kita ikhlas xdapat makan pun sikit tak mengugat kita, teringat kata sorang Ustaz " jangan ingat dgn bersedekah itu akan menjadikan kamu miskin" dan sebetulnya kita kena yakin dan berpegang teguh dr intipati kata ustaz itu yg sebenarnya dipetik dr Hadis atau Quran sebenarnya.

Jgn kita mengaharapkan sesuatu yg lebih bila dtg kenduri, org buat kenduri mmg la nak jamu kita tapi bukan suh bawa balik sbb malam ni xpayah masak, kalau ada lebih nnt pandai la tuan rumah bagi, jgn la harap apa2 melainkan keredhaan Allah semata-mata, kalau dapat ada la rezki kita..

dalam kita tak sedar, bila kita buat macam tu maknanya kita membudayakan dalam masyarakat suatu amalan yg xsihat, impaknya kita bila kita jadi tuan rumah nanti kita mula berfikir macam2 dan mula akan terjadinya saingan dalam nak sedekah ke, nak membuat majlis ke yg akhirnya menaikkan kos perkahwinan itu, masalahnya org Lelaki macam aku la nak menangggung hahahhaa

Ada juga satu kenduri tu..makcik ni xmau sampul yg dihulur, niatnya wallahualam..aku pun xberani nak kata ok atau x, sbb sesuatu tu bermula dgn niat. Jadi siapa2 yg nak buat kenduri atau nak hadiri kenduri tu..sama-sama lah kita betulkan niat dan cara kita, ada lebih kita bagi lebih...apa yg ada kita utk makan kita makan ja...tuan rumah kalau ada lebih buat la apa yg ptt jgn nnt ada kelas kasta dalam kenduri lak..ini utk vvip jer..ini utk yg org ni, yg org macam ni xpayah bagi...rosak masyarakat kita nnt

Apapun semoga aku dan kamu tau dimana hakikatnya kita berada.
p/s: Gambar hanya sbg hiasan jer..

Brother Riz - Jangan Kenduri sex sudah

Friday, December 18, 2009

:)

Hurm....bila xpegang laptop macam2 hal aku nak postkan kan blog aku yg semakin usang dan xlaku nie tp bila dah pegang semuanya bagai tak kena, ilang semua idea..apa yg patut aku tulis dulu

November dan Disember 2009 memang bulan yg memenatkan aku dan serabutkan aku, hampir semuanya yg berlaku tersangat la penting, tak sempat aku nak ceritakan dalam blog ringkas aku ni, nak minta maaf kat follower pun cuma ada 5 org jer..tu pun aku xpasti aktif ke tak ikut blog aku ni hehehe...xpa la kawan kurang2 ada juga yg sudi nak jadi follower.

Fikir2 balik blog aku ni sebenarnya xde konsep tertentu, aku xdapat nak tumpukan blog aku pada satu cerita atau tajuk bila mana aku suka mengambil tau kebanyakkan hal2 kat dunia ni tambah2 hal2 orang kita Malaysia.

"Relax" dulu la...aku pun internet tak ok lagi, bila aku dah agak stabil balik dalam pengurusan kewangan aku, aku akan mula semula dgn lebih baik dr hari ini, ini azam aku sempena Maal Hijrah 1431

Cargas dulu!