Thursday, August 27, 2009

Angin diatas Api

aku pun xtau camna patut aku tulis, sebenarnya bila dpt panggilan ptg tadi dr seseorang yg rapat dgn aku, mmg Hujan yg sejuk ni pun xeredakan api kemarahan aku.

Api dan bara kecil ini ditiup angin sekali lagi menyemarakkan bahang kepanasan utk kesekian kalinya, sekali lagi aku perlu bertindak! ya..aku perlu bertindak!

Bila angin ini sekali lagi merempuh api ini pasti menjadi! aku tau ini bulan puasa mungkin patut sedikit amaran menjadi pengajaran besar kepada dia! Jgn diganggu Harimau yg tidur...kuku yg tersembunyi kelak memakan diri

Brother Riz - Pakaian GK jadi taruhan

Tuesday, August 25, 2009

Sahur ke 5

4.59 a.m baru balik dr mapley Rahmats Bistro...pekena roti canai 2 keping kuah kari sempoi arhh....tapi perut kosong kena kari ni tau la sakitnya camne huhuhu

sahur yg ke-5 cepat betul masa berlalu hampir seminggu berpuasa,tarawikh sehari pun xbuat lagi, ujung minggu kakak ajak balik kg...hurmm xbalik cam rugi lak..kalau balik nak pakai byk duit lak..keje banyak lagi xsiap, nnt la fikir lain camner...

dalam 5 kali sahur ni, ini kali ke3 kot aku bersahur, teringat kata seorang kawan aku yg membezakan kita dgn puasa agama1 lain ialah bersahur, hadis Nabi S.A.W kalau xsalah dia kata, nnt aku refer kat ustaz tgk, tapi apapun bersahur ni kan sunnah juga, dan mempunyai keberkataan,digalakkan kita lewat bersahur dan bersegera dalam berbuka puasa.. jadi amalkan la bersahur supaya pahala pun bertambah keberkataannya pun kita dapat.

Brother Riz - Tunggu Subuh :p

PRK Ptg Pasir (PAS Menang)

PAS menang lagi di PRK Ptg Pasir.
Macam biasa la, bila dah menang xde la isu berbangkit cuba la kalau BN menang ada la pengundi hantu, SPR berat sebelah, Polis ganas dan banyak isu lagi akan dikeluarkan.

Senario yg lebih kurang sama dimainkan oleh BN, kita akan buat siasatan kenapa dan kenapa dan kenapa...asik siasat jer, yg dalam UMNo tu dah siasat pun xamik tindakan jadi apa gunanya nak siasat yg lain2 kalau xdiambil tindakan.

walaupun majoriti berkurang hampir 1000 undi, mungkin penurunan undi sbb depa xpercaya leh masuk syurga kot atau mungkin sbb2 lain...mungkin juga yg sokong tu bukan fikir syurga pun tapi lebih kepada sentimen membenci UMNO.

Apapun keputusan dah diumum, pemilih Ptg Pasir masih berminat kepada ideologi PAS dan Pakatan Rakyat, kita hanya memerhati apakah Salleh man ni akan buat pada Dun Ptg Pasir khususnya. salleh Man yg dikata telah songlap duit rm60,000 ini akan menjadi wakil rakyat Ptg Pasir atas kelebihan pemilih disana.

Aku frust sgt2, di Manek Urai yg kita tau Hardcore Pasnya melebihi mana2 negeri di Malaysia UMNO hampir merampas Dun itu tapi di Ptg Pasir masih kalah dalam majoriti yg tinggi juga...apakah salah pemilih atau UMNO sendiri yg bersalah? ikut pendapat aku...UMNO yg salah, majoriti org Utara UMNO ataupun tidak...sgt2 la benci KJ, dibawa KJ dtg ceramah buat apa? tau lah Ketua Pemuda UMNO Penang org kuat KJ, Kj setakat mai tgk sudah la...hang tu pun setahun jagung baru dalam dunia politik ni...

pemilihan calon juga agak tergopoh dibuat UMNO, dan UMNO Ptg Pauh sendiri mesti amsih bersama masalah yg lama...cantas mencatas, boikot-memboikot (aku rasa la) sbb pada pemilihan di parlimen ptg pauh itu la yg dikhabarkan terjadi, kalau macam ni payah la...pemuda UMNo asik seronok turun dpt baju,kira2 sikit leh tgk Puteri UMNO nak buat calon pertama ke kedua ke...abih la..

media lak asik cerita benda yg sama, tunjuk abih kejahatan Pembangkang macam puak UMNO ni xbuat salah sedangkan realiti pemilih nampak juga apa salah UMNO, org bosan la....bosan! Puak Pas ni pun sampai abih bini org,pak mertua org dia nak kacau...serang abih peribadi org, xbagus la apa la...yg elizebeth ADUN Bkt Lanjan tu depa kata xpa lak.., bekas Adun Bukit Selambau pun xpa...sbb apa?

UMNO tlg la bangkit, kalau xfaham tlg la bangun, tolong la sedar, tlg la cergas sikit...jgn kita asik nak gunakan kesalahan pembangkang pakatan rakyat semata-mata hanya nak dpt undi sebaliknya kita tunjuk kat depa kita leh buat kerja lebih baik dr Pakatan Rakyat, bukan xleh exploitasi langsung kesalahn pembangkang tapi apa guna kalau org ckp macam ni " pembangkang ni teruk tapi Kerajaan pun sama la..2x5, 5x2 " jadi apa kesudahannya? tgk saja peratusan mengundi pun kurang, mungkin sbb ini org tak percaya nak memilih siapa! Ikhlaskan hati, gunakanlah akal, InsyAllah semuanya jadi dan kekal.

Brother Riz - Aku ttp UMNO!

Bodoband V/S Berukband

ada kawan aku kata berukband tapi aku senang utk kata bodoband (merujuk kepada broadband). aku guna bodoband Celcom dr pada awal thn ni sampai la skg...mula2 aku amik pakej rm98 sebulan, dgn harapan senang aku nak buat keje2 aku tapi xjuga ok signal yg aku dapat, masuk bula 7 aku tukar ke pelan rm68 buat apa aku bayar mahal2 kalau signal pun sama gak..mmg betul signal sama gak...dah 2 hari aku xleh nak connect ke internet masa Prime Time...dah kul 1,2 pagi baru elok sikit tu pun sekejap, xkan la aku nak kena tunggu hari2 sampai kul 1,2 pagi bila kerja aku nak buat, bila nak siap, bila aku nak tidor, bila aku nak rehat..semuanya sekali bila celcom nak jawab?



marah mmg aku marah....kalau setakat 3,4 hari aku leh tahan lagi rasanya tapi ini kes dari awal tahun, apa cerita bro? antar sms kat paper pun aku dah buat...aku bayar utk free? auta la bising2 kat TV kata num 1 tapi coverage cam org kencing xlawas...keluarnya sikit bagi sakit diri sendiri je!



Celcom kena faham la kat mana tempat org ramai, tempat business, tempat belajar xkan yg ni pun xtau, xkan aku yg mentah ni nak kena cakap soal marketing kat Sykt besar macam Celcom ni...kalau la celcom ckp kami tgh perbaiki jgn la amik masa sampai setahun.. hello...helloo....bukan celcom aja dalam industri ni tau! banyak lagi...kenapa sykt lain leh bagi ok dan xlama nak tunggu dr Celcom...? aku yakin semua ni aku xperlu bgtau kat celcom sbb celcom lebih arif, mungkn org akan kata tukar la pakai maxis ke apa ke yg lain..soalnya bukan aku xnak tukar, kalau aku tukar lain satu kos aku naik la..xkan aku nak simpan modem aku yg celcom lagi satu aku mmg pilih celcom atas dasar yg lain...xperlu la aku jelaskan lebih lanjut, ckp la aku kata aku suka sykt yg bayar zakat, supaya zakat yg dia bayar tu...org lain leh guna juga



harap2 lepas ni ok la..kalau xok aku pun kena fikir balik rugi dulu buat sementara asal keje aku dapat siap sepenuhnya atau aku rugi kedua-duanya..



Brother Riz - Band 80'an Paling Best

Sunday, August 23, 2009

Ekonomi dan Ramadhan

jam tangan aku pukul 6.19 petang, lebih kurang sejam lagi azam maghrib nak berkumandang, budak2 yang baru belajar pasti seronok tak terkira, bapak budak pening kepala duit abih belanja beli kat pasar ramadhan tadi, ibu-ibu mesti sibuk bertukar juadah berbuka (ada lagi ke amalan ni)

aku kat kedai mamak seksyen 20 Shah Alam, niat nak berbuka dgn kawan tup2 dia dah ada janji dgn kawan yg lain so aku berbuka la sorang2 dgn mamak jadi galang gantinya hehehee
aku xbalik sbb malam ni nak jumpa dia balik...

depan aku ni mungkin ratusan org keluar masuk pasar Ramadhan ni, masyAllah ramai sungguh...bukan setakat umat Islam, Cina dan India pun tumpang sekaki...inilah keunikan Malaysia :)

Ushar punya ushar org meniaga ni, makanan hampir sama ja..harga lebih kurang ja size pun lebih kurang ja...kalau kat tempat aku mesti lebih banyak boleh beli dr sini, aku pun hairan apa yg beza brg aku dgn barang kat sini nak buat meniaga? harga terkawal semua lebih kurang ja....betui ka org sini kira nak kaut utg banyak sbb org sini kaya2?

Betui la kata kawan aku Ramadhan ni bulan yg penuh keberkataan, sungguhpun jual kecil dan mahal kuih tu pasti org beli gak..payah la nak tgk gerai yg xlaku langsung, cumanya mungkin peniaga2 ni perlu sedekah lebih sikit kot...pahala ttp dapat juga, dalam beribadah kita beramal, dalam beramal kita beriman, dalam beriman kita bersungguh...heheheh macam ustaz lak aku rasa hari ni...

Kalau cuaca panas macam ni, seronok la peniaga2 dapat untung lebih sikit, hasil untung dibayar zakat pendapatan, zakat fitrah zakat berniaga...hasilnya org yg susah dapat bantuan zakat, diberi beras, diberi duit...semuanya boleh digunakan semula utk hasilkan ekonomi semula

boleh kata semua org untung, tapi Ramadhan bukan ada tiap2 bulan, jadi hasil dr Rammadhan ni jgn la digunakan utk buat benda dilarang, jgn amik utg lebih sgt sbb takut2 ilang kebrkataan rezki kita, mcm kawan aku zaman dulu2 la..meniaga sampai xpuasa sbb nak cari duit..penat dia kata hehehe

battery laptop aku nak abih, semoga kita mendapat rezki bersama di bulan Ramadhan ini

Brother Riz - Rezki dtg bermacam cara

Saturday, August 22, 2009

PRK Ptg Pasir

1st day fasting in Ramadhan 2009,

Alhamdulillah dapat juga abihkan, semalam tak pegi tarawikh sbb ada keje lain xsempat, hari ni selsema teramat sgt, nasib baik iman aku bertahan lagi kalau x sahih la masuk nasi kandar hehehe

Dalam sibuk buat assignment sempat juga aku baca blog2 tentang Pilihanraya Kecil Ptg Pasir (PRK Ptg Pasir) tak dinafikan malahan aku mengaku yg aku ni seorang Ahli UMNO tegar, penyokong BN dan bukanlah Peminat PAS, paling benci PKR dan Sanggup mati utk tidak masuk DAP.

PRK Dun Ptg Pasir dalam parlimen Ptg Pauh, saingan antara UMNO dan PAS dikawasan majoriti Melayu tapi minoroti di Pulau Pinang. Sebelum ini arwah Hj Hamdan dr PAS pegang dun ini, aku xnak bercerita apa yg dia dah buat dikawasan ini tapi suka aku nak highlightkan ttg apa Melayu buat disini, di tanah bekas jajahan British ini.

Kemenangan PAS di Kedah dan pengekalan Pas di Kelantan bagi aku tiada apa yg menguggat sgt, tapi kekalahan UMNO di Pulau Pinang adalah ssuatu yg sgt mebimbangkan. ya..dulu BN menang dan UMNO banyak memenangi kerusi dun pun begitu ada cubaan utk dilantik timbalan ketua menteri pulau pinang ke2 dari parti komponen BN bukan Melayu, persoalannya kenapa perlu? Ketua Menteri Penang bukan dr org Melayu, hanya timbalam Menteri Penang saja Melayu jadi kenapa perlu lagi seorang timbalan Ketua Menteri? disebabkan sisa kekuatan UMNO pada masa itu masih kuat, maka hasrat itu dibatalkan, skg ada sudah timbalan ketua menteri pulau piang ke 2 seorang India tapi apa saja yg dilakukan di Pulau Pinang ada kita dengar ttg pemimpin Melayu yg ganas bersuara? atau kita dengar buat apa2? xda pun yg ada hanya DAP dan PKR(bukan Melayu)

Pilihan Raya Umum (PRU 12) menyaksikan UMNO kalah besar di Pulau Pinang dan hanya 2 Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor menjadi benteng terakhir UMNO dan org Melayu khususnya, kenapa aku katakan yg org Melayu sedangkan Pas dan PKR pun menang juga di Pulau Pinang ni? tgk saja pada bekas kabinet Kerajaan DAP Pulau Pinang, dimana exco PAS? haram xdak pun...PKR jadi bahan tunggangan Anwar jer utk survival politic, siapa yg akan menjaga Melayu sekaligus Islam, UMNO hanya menjadi pembangkang yg bilangannya terhad.

Melayu dalam Pemerintah Pulau Pinang tiada kuasa apapun, jadi bagaimana kita nak harapkan sesuatu yg baik dapat dilaksanakan, baik menang kepada UMNO supaya check n balance dalam pemerintahan Pulau Pinang dapat dibuat dgn lebih baik, nak harapkan PAS asik nak berceramah jer..nak harap PKR asik main isu Anwar jer..apakah Anwar lebih besar dan penting dr masalah dan kepentingan org Melayu?

aku xnafikan pemimpin UMNO Pulau Pinang ada yg sgt rakus, ada yg rakus sikit2 dan namum jgn la lupa ada yg baik juga tapi perlu diingat sesuatu yg berkait besar dgn hala tuju kita org Melayu Islam haruslah diambil kira, kerosakan harus kita baiki dr dalam, jgn buang terus harga yg kita bayar terlalu tinggi utk semua ini. Tgk apa DAP buat dekat Penang, Selangor dan Perak, itu baru Kerajaan negeri kalau la jadi kerajaan Persekutuan, mau tercabut Hak Melayu...macam aku kata tadi PAS hanya merelakan apa yg DAP buat, PKR ada agenda Anwar sahaja...

Sayang aku xleh balik utk bersama kempen utk UMNO, siapa yg menang sama saja ayat lapuk yg xlh diguna pakai, ini melibatkan kepentingan Masyarakat melayu yg lebih besar harus diingat! Sebagai contoh Kerajaan Indonesia, majoriti org Melayu,(acheh,busis & lain2 dikira Melayu) tapi apakah Indonesia boleh berjaya macam Malaysia skg ini? penduduk ramai, sumber alam banyak tapi Kerajaan sering menemui kegagalan, rakyat pula sikit2 nak memberontak, demonstrasi jadi bila nak maju? tgk Thailand pulak...kumpulan Kuning dan Merah, abih kuning tunjuk perasaan kumpulan pro Thaksin(merah) buat kacau pulak, Kawasan Melayu Patani xde pembangunan, berapa ramai org Patani dtg Malaysia cari makan? berapa ramai org Indonesia dtg sini? kerana apa? kemakmuran ekonomi dan politik yg stabil...adakah kita rakyat Malaysia tidaj mahu bersyukur? org Cina ckp kaya di Malaysia ini, dr Merdeka lagi, India pun semakin kaya sampaikan nombor 2 kaya dalam Malaysia org India, org Melayu? nombor berapa? 7 kot..itu pun sorang jer... bukan Melayu bawa2 la bersyukur sama jgn terlalu rakus.

aku kena stop dulu, letih sgt...maaf andai menyinggung perasaan sesiapa di Bulan Ramadhan ini...

Brother Riz - Ahli UMNO Tegar (Tun Mahathir Supporter)

Friday, August 21, 2009

Blues utk Kita

Dua, Tiga malam lepas dekat rumah puncak ni...waktu tu aku lepak2 dgn Pali yg asik berkepit dgn gitar dia, irama instrumental petikan Pali terus memainkan perasaan aku yg seolah kosong...dalam keramaian penghuni rumah bujang ini......

Tiba2 pali stop main gitar dan tanya kat aku " hang nak dengar cerita sedih x?" hehehe...sedih sgt ni...dgn selamba aku jawab, apa dia? cerita la.. Pali pegang erat gitar dia dan mulakan cerita sedih dia tu..." dulu, senior aku kat sekolah di Alor Setar suka sgt main instrumental ni....mula2 asik lagu rock ja dia main, semua dia goreng...sampai satu masa masa tingkatan 5 dia dah jatuh cinta dgn seorang awek satu sekolah dgn dia." Pali berhenti sat... sedut rokok Dunhill yg xlekang dr mulut dia. Lor...xkan tu je sedihnya? aku saja buat kalut..malas nak tunggu dia hisap rokok semata nak dengar cerita sedih tu...hehehe senior aku tu hari2 dok ayat awek nie... tapi awek ni xmau bagi jawapan gak...menolak pun x, menerima pun x tp awek ni janji dekat dia lepas paper last SPM dia akan bgtau jawapan tu...

Senior aku pun sabar la menanti...tunggu punya tunggu, sampai la SPM...sampai la Paper Last SPM, senior aku tu pun kelam kabut cari awek tu, xsabar sgt nak tahu jawapan setelah lama menanti sebuah jawaban (macam lagu kumpulan PADI)

jumpa saja dgn awek tu...senior aku terus bertanyakan ttg janji jawapan pada penantian dia selama ini, sambil tersenyum awek itu memberi cintanya kepada lelaki yg selama ini mendambakan cinta darinya....terus senior aku naik gila keseronokkan...Abih SPM dan tamat sudah penantian cintanya.

Bermula la cinta sepasang hati, cinta senior aku yg dah lama akhirnya terbalas hari ini...
Setelah cinta dilafaz, janji dimeterai bermulalah sesuatu yg xmngkin xpernah terlintas dihati kedua-duanya, mimpi indah yg dikejutkan dgn rintihan tangisan....

didepan senior aku, awek tu meninggal dunia setelah motor yg dia bawa buat u-turn tetiba dilanggar kereta yg dtg...senior aku yg rumahnya hanya didepan sekolah terpaku melihat kekasih yg ditungu selama ini, yang baru tadi melafazkan cintanya...meninggal serta merta ditempat kejadian....xsangka cintanya hanya bertahan utk suatu waktu yg belum puas dia rasai setelah lamanya menanti...huhuhuhu

Huh! macam cita hindustan lak aku dengar....hehehe nak wat camne kan ini semua kehendak-Nya, ajal maut jodoh pertemuan semua dikekuasaanNya. aku xda la pengalaman macam ni...bila aku dengar cerita ni jadi terpegun la seketika...tapi akhirnya aku sedar, semua org diuji dgn cara yg berlainan, kadang2 kita rasa cinta kita ckp teruji tapi pasti ada yg lebih cubaannya...apa yg leh kita buat..kita hanya mampu berdoa dan sedia menghadapi apa jua duaan yg xmungkin terbayangkan oleh insan yg lemah seperti kita....

Brother Riz - layan Lagu Cinta dan Airmata (CRK - Rock kapak)

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Al-Mubarak hadir kembali, Alhamdulillah selepas setahun InsyAllah kita masih diberi kesempatan utk meraikan Ramadhan ini, harap2 lebih membanyakkan amalan2 kerohanian, bertakarub dgn Allah pada tahun ini :p

Tahun lepas puasa aku cukup tapi macam xda erti sgt puasa aku, huhuhu mana taknya kadang2 bgn sampai ptg kalau cuti...petang tido lagi, tarawikh ada la 2,3 kali ja aku buat...tu pun kadang2 2rakaat ja tarawikh aku buat...malas betul!

Nak kata syaitan punya kerja, syaitan kena tangkap! xleh nak salah syaitan hehehe sah la ni la Nafsu aku yg xleh aku control lagi....

apapun tahun ni aku berikrar aku akan cuba buat lebih baik dr tahun lepas, aku nak puasa aku lebih bermakna, aku nak Allah redha dgn amalan aku kalau x sia2 amalan aku bawa, teringat kata ustaz aku dulu zaman sekolah lebih kurang macam ni kata Nabi S.A.W " Tiadalah puasa sesesorang itu melainkan hanya lapar dan dahaga saja" eh...camna xtau hehehe tapi maksudnya aku faham la.. kita nak puasa yg betul2 puasa supaya amalan kita diterima, ni sat lagi lapaq dan dahaga ja..pahala dan keberkataan ilang abih...hehehe

Puasa seluruh anggota badan, zahir dan batin..ish..2 payah sebenarnya tambah2 kat puncak ni..tgk budak2 yg nak kata xreti belajar sampai University, Bulan puasa masih dok seksi aku la jadi xberani takut batal puasa sendiri hahahaha

kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat seamat menjalani ibadah Puasa, tambah2 kat kawan2 aku di Puncak ni...

Brother Riz - Teringat Lagu Man Bai dgn Budak2 Nasyid tu pasal Ramadhan